KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

KESIMPULAN CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kajian tindakan yang telah dijalankan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan gambar tunggal menggunakan teknik
SAOKK dalam bentuk jadual. Secara keseluruhannya, teknik ini dapat meningkatkan
kemahiran membina ayat majmuk dalam kalangan kumpulan sasaran pengkaji.
Penyataan ini adalah berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincang
secara terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa teknik SAOKK
berkesan dalam meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk berdasarkan
gambar tunggal dengan baik. Peserta kajian yang menjalani proses intervensi
menggunakan teknik SAOKK menampakkan peningkatan markah ujian yang lebih
ketara berbending sebelum menerima intervensi.


Bukan itu sahaja, pengkaji berharap boleh mengintegrasikan kaedah ini
dengan teknik nyanyian. Gabungan teknik ini dilihat dapat menambahkan lagi minat
murid untuk belajar bersesuaian dengan pendapat Mohd Bahri (2015) di dalam
kajiannya menegaskan bahawa integrasi muzik dalam P&P adalah sangat efektif.
Menurut kajian yang dijalankan beliau, penggunaan kaedah muzik dan nyanyian
dalam P&P boleh membantu murid mengingat pengalaman pembelajaran yang
dilalui di samping dapat menggalakkan penglibatan aktif dalam P&P. Irama dan
melodi yang digunakan dalam lagu, sajak dan rap dapat menguatkan memori
terhadap fakta dan isi pelajaran.

Free download pdf