TINJAUAN LITERATUR
Amaan Shah Syed Ali, Zamri Mahamod & Azlan Mis (2021), dalam kajiannya
\DQJ EHUWDMXN μ0DVDODK 3HQXOLVDQ .DUDQJDQ %0 GDODP .DODQJDQ 0XULG
%XNDQ3HQXWXU1DWLI6HNRODK5HQGDK¶PHQ\DWDNDQSHQHNDQDQNHSDGDIRUPDW
karangan yang betul dan tepat sangat penting untuk memastikan karangan
yang dihasilkan oleh murid ada mengikut format karangan yang sebenar.
Aspek teknikal penulisan karangan mempengaruhi penguasaan murid dalam
menulis karangan. Jika teknikal penulisan karangan tidak dikuasai, murid
tidak akan dapat menulis pendahuluan dengan baik, menjelaskan tajuk
karangan dengan baik, tidak dapat menghubungkan pendahuluan dengan isi
karangan. Begitu juga dengan pendapat yang diutarakan oleh Kong, Yahya
dan Zamri (2017) dalam Amaan Shah Syed Ali, Zamri Mahamod & Azlan Mis
(2021), murid masih gagal menguasai kemahiran asas menulis dan
menyebabkan mereka tidak dapat menyiapkan sesuatu latihan penulisan
karangan dengan baik.
Norhayati, Che Hat (2011), menyatakan seseorang guru yang sedang
mengajar mungkin mengucapkan antara 100 hingga 200 perkataan dalam
masa satu minit. Persoalannya, sebanyak manakah perkataan-perkataan
yang diucapkan dapat diserap dan difahami oleh pelajar? Hal ini bergantung
penuh kepada kemampuan murid mendengar dan menyerap apa yang
didengar. Tuntasnya, BBM dapat membantu meningkatkan tumpuan
pembelajaran murid berbanding konsep mengajar menjelaskan secara teori
berulang kali. Selaras dengan pandangan Lee Sze Ing (2016) aktiviti hands-
on secara langsung dengan bahan menjadikan fikiran murid-murid
berkembang dengan baik serta dapat belajar dengan baik melalui
pengalaman dan persekitaran mereka. Pernyataan ini disokong oleh Salleh
(2007) dalam Siti Aminah Sallehin & Fazlinda binti Ab Halim (2018)
menyatakan bahawa pelajar sebenarnya lebih tertarik kepada pendekatan
pengajaran yang lebih interaktif dan berbeza dengan kaedah tradisional yang
hanya berpusatkan pada guru semata-mata. Che Zanariah Che Hassan dan
Fadzilah dan Rahman (2011) turut menjelaskan kemahiran menulis
merupakan kemahiran kognitif yang kompleks dan menjadi sesi mencabar
ketika PdP penulisan dijalankan.