PENGENALAN
Pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi
dan aplikasi bahasa yang melibatkan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, kemahiran menulis, kemahiran seni bahasa dan tatabahasa. Secara
umumnya, murid pada tahap 1 perlu menguasai kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Kemahiran menulis yang diajar pada tahap 1 merangkumi
aktiviti pratulisan, menulis secara mekanis, membina dan menulis perkataan, frasa
dan ayat yang mudah. Penguasaan menulis amat penting dalam usaha menjadikan
murid yang berketrampilan dalam berbahasa sesuai dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang harmonis dari segi jasmani, intelek,
emosi dan rohani serta kemahiran sosialnya. Bagi meningkatkan penguasaan
kemahiran menulis, satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid
ialah penulisan huruf yang betul.
FOKUS KAJIAN
6HELODQJDQPXULG7DKXQWHODKPHQXOLVKXUXINHFLOμS¶μJ¶GDQμ\¶GHQJDQWLGDNWHSDW
+XUXIEHUWDQJNDLμJ¶GDQμ\¶\DQJVHSDWXWnya ditulis melepasi garisan ditulis di atas
JDULVDQ \DQJ GLVHGLDNDQ 0DQDNDOD SHQXOLVDQ KXUXI NHFLO μS¶ \DQJ GLWXOLV GLDWDV
garisan pula boleh menyebabkan kesalahan tanda baca kerana telah menyerupai
KXUXIEHVDUμ3¶\DQJGLJXQDNDQSDGDNDWDQDPDDPSDGDWengah ayat contohnya,
μD3L¶ μ3L3L¶ μDVD3¶ GDQ VHEDJDLQ\D .HVDODKDQ SHQXOLVDQ KXUXI NHFLO GDSDW
menggangu kekemasan penulisan dan boleh menyebabkan pemotongan markah
dalam ujian. Biarpun pemotongan markah itu mungkin sedikit, tetapi tetap
mempengaruhi markah bagi kertas ujian yang diduduki. Menurut Yahya Othman
(2005) tulisan yang tidak kemas menyumbang kepada pemotongan markah murid-
murid dalam peperiksaan. Justeru, penguasaan kemahiran menulis perlu diambil
berat dan dipandang serius.
Selain itu, terdapat murid yang gagal menulis huruf-huruf tersebut dengan
teknik yang betul seperti mula menulis huruf daripada bawah ke atas. Hal ini kerana
kurangnya bimbingan dan penekanan daripada guru tentang teknik menulis huruf-
huruf kecil dengan betul dari peringkat awal. Masalah ini dikenal pasti semasa sesi
penyemakan hasil kerja murid selepas sesi pembelajaran dan pemudahcaraan di
dalam kelas. Pengkaji mendapati salah satu faktor berlakunya masalah ini adalah
disebabkan oleh kurangnya latihan menulis. Seterusnya, murid tidak peka dengan
SHQXOLVDQKXUXIEHUWDQJNDLμS¶μJ¶GDQμ\¶\DQJEHWXOPHQ\HEDENDQKXUXI-huruf ini
ditulis diatas garisan yang disediakan.