KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
iv

KATA-KATA ALUAN
PENGARAH
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent

SEUNTAI MADAH PENGARAH
Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 KENT; Kerana
Engkau Nama Terbilang.
Pada kesempatan berharga ini, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
Jawatankuasa Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan 2022 atas usaha dan komitmen yang tinggi
sehingga terhasilnya buku bernilai yang tentunya amat signifikan dengan status IPG Kampus Kent
sebagai Pusat Kecemerlangan Bahasa Melayu Zon Sabah sejak penubuhannya pada 1951. Buku ini bukan
sahaja menjadi paparan pemikiran kritis dan kreatif pelajar dengan bimbingan pensyarah dalam
menampilkan citra apresiasi penyelidikan tindakan tetapi juga menjadi indikator pembudayaan
dokumentasi rujukan yang bermakna kepada sesiapa sahaja yang ingin melihat pemikiran dan teknik
penyelesaian pedagogi di dalam bilik darjah dalam kalangan warga Kent. Melalui persembahan dan
kandungan buku yang bersahaja ini, saya yakin kehendak keilmuan dan nilai kajian yang ingin dimiliki
dan dirasai oleh pembaca dan pengkaji dapat dipenuhi.
Justeru, penerbitan buku ini merupakan inisiatif yang besar untuk merealisasikan strategi
memantapkan budaya penyelidikan, inovasi dan penerbitan ilmiah berimpak tinggi terhadap
kecemerlangan upaya dan kualiti pendidikan, kreativiti dan inovasi warga pendidik IPGK Kent. Saya
juga percaya, buku ini akan menjadi pemangkin semangat motivasi kepada pendidik dan pengkaji
untuk menghasilkan lebih banyak kajian di bilik darjah serta kajian yang selaras dengan kepakaran
masing-masing.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 kerana berjaya merealisasikan penyelidikan dengan jayanya di
IPG Kampus Kent. Saya berharap kandungan ilmu, pemikiran, pengalaman dan gaya persembahan yang
dikongsi melalui jurnal ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar, pensyarah dan
peminat ilmu dalam memperkasa tahap profesionalisme dan kualiti kendiri. Semoga usaha murni ini
mampu memartabatkan lagi produk keguruan secara umumnya dan memberikan manfaat kepada para
pendidik secara khususnya.


Sekian^ dan^ terima^ kasih,^


DR.HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH, B.S.K
Free download pdf