KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Selain itu, pengkaji juga menyedari bahawa seorang individu yang bergelar
guru perlu memiliki nilai kreatif dan mahir dalam menyelesaikan masalah khususnya
isu yang tertumpu dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam hal ini,
pengkaji yakin bahawa suatu kajian yang berfokus untuk menyelesaikan isu atau
masalah murid adalah suatu proses yang berterusan bagi menambah baik kualiti
pendidikan di Malaysia. Dalam erti kata lain, pengkaji menyedari bahawa sangat
penting amalan penambahbaikan amalan pedagogi melalui penyelidikan dalam diri
seorang guru.


CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam kajian tindakan ini, walaupun berjaya dilaksanakan sehingga mencapai
kedua-dua objektif kajian, namun masih terdapat ruang untuk diperhalusi dan
dijadikan lebih terkehadapan. Sebagai contoh, menjelmakan teknik DuJa dalam
bentuk bahan bantu interaktif. Dalam hal ini, bahan ini bukan sahaja boleh diperluas
dengan mudah bahkan menepati kehendak Revolusi Industri 4.0 yang menekankan
penggunaan internet dalam segala urusan atau lebih dikenali sebagai Internet of
Things (Norazly Nordin dan Juppri Bacotang, 2021). Sehubungan itu, penjelmaan
teknik ini dalam bentuk bahan interaktif mampu memberi peluang lebih ramai
pengguna yang mengaplikasikan teknik ini dengan hanya mengakses dengan
mudah.


Selain itu, pengkaji juga bercadang untuk memperluas penggunaan teknik
DuJa kepada warga pendidik di sekolah. Dalam hal ini, perluasan ini boleh dibuat
dalam bentuk perkongsian ilmu antara warga pendidik. Justeru, apabila pengkaji
sudah menjalankan tugas dan menerima perkhidmatan di sekolah, maka cadangan
pengkaji ini boleh diketengahkan dengan menjalankan bengkel Professional
Learning Community (PLC) di sekolah tempat berkidmat. Dengan demikian, ilmu ini
boleh dikongsi, selain dapat memperluas lagi pengetahuan berkaitan isu penulisan
KXUXIEHVDUGDQNHFLOPXULG7DKXQNKXVXVQ\DEDJLμV¶μF¶GDQμN¶

Free download pdf