KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
REFLEKSI DAN KESIMPULAN

Antara kekuatan yang paling jelas dikenal pasti dalam kajian ini ialah pengguaan
teknik DuJa itu sendiri sebagai intervensi. Dalam hal ini, teknik DuJa telah
menunjukkan keberkesanaan bagi membantu murid menggunakan huruf besar dan
NHFLOμV¶μN¶GDQμF¶GDODPSenulisan perkataan, ayat mahupun satu penulisan yang
lebih kompleks. Justeru, teknik yang mudah diterima dan difahami murid ini
mewujudkan satu kesedaran kepada murid yang kerap kali membiasakan cara
penulisan yang salah agar pemperbaiki penulisan. Bukan itu sahaja, teknik yang lain
daripada yang lain ini menarik minat murid untuk mengaplikasikannya sendiri
menggunakan tangan masing-masing dan berbantukan penerangan Tangan DuJa.
Malahan, Tangan DuJa itu sendiri sangat menyokong teknik DuJa dengan pemilihan
warna yang dapat menguatkan ingatan dan memudahkan pemahaman murid.


Selain itu, semua peserta kajian turut memberi kerjasama dan mendengar
arahan pengkaji sehingga memberi kekuatan dalam kajian ini. Dalam hal ini,
kerjasama dapat dilihat apabila murid hadir pada setiap kali sesi kajian dijalankan
meskipun kebarangkalian untuk mereka tidak hadir adalah tinggi. Namun, setelah
memberi galakkan untuk hadir, akhirnya tiada keciciran data berlaku kerana semua
peserta hadir pada hari-hari kajian dijalankan. Bahkan, tiada peserta kajian yang
menolak untuk tidak terlibatkan dengan kajian ini. Bukan itu sahaja, semua peserta
kajian kelihatan bersedia semasa menjalankan ujian-ujian tanpa sebarang masalah
teknikal seperti ketiadaan alat tulis, pencahayaan atau pengudaraan terhad dan
sebagainya.


Kesimpulan Keseluruhan


Secara keseluruhannya, pengkaji berasa bersyukur kerana berjaya menjayakan
kajian lengkap seperti dalam perancangan. Bahkan, objektif kajian berjaya dicapai,
sekali gus menjawab kedua-dua soalan kajian. Meskipun tidak secara 100% semua
peserta kajian memperoleh markah cemerlang dalam ujian pasca, namun pengkaji
merasa kepuasan apabila wujud peningkatan yang jelas berbanding keputusan
markah ujian pra. Hal ini turut menunjukkan bahawa tindakan intervensi bagi tenik
DuJa ini berupaya meningkatkan kemahiran menulis murid Tahun 2 khususnya bagi
KXUXIEHVDUGDQNHFLOμV¶μN¶GDQμF¶0DNDVDQJDWEHUWHSDWDQSHQJJXQDDQWHRUL
kognitif yang diterapkan dalam tindakan yang dibawa bagi membentuk satu
kefahaman yang kekal dan dapat digunakan dalam diri seorang murid.

Free download pdf