gagal dalam ujian pra. Manakala dalam ujian pos, 100% peserta kajian lulus
dalam ujian tersebut. Hal ini bermaksud kesemua peserta kajian memperoleh
markah yang lulus dalam ujian pos. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
WHNQLN ³,Q$VD ́ \DQJ telah dirancang dan dilaksanakan adalah sangat berkesan
dalam meningkatkan kemahiran penguasaan penggunaan kata pemeri ³LDODK ́ dan
³DGDODK ́ dalam kalangan peserta kajian.
Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah menunjukkan bahawa peserta kajian lebih
berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa peserta kajian boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam
penulisan karangan jika telah menguasai salah satu kemahiran tatabahasa iaitu
penggunaan kata pemeri ³LDODK ́ dan ³DGDODK ́ Pengkaji berasa berpuas hati dengan
perkembangan yang ditunjukkan oleh peserta kajian. Hal ini demikian kerana
dalam mengalakkan peserta kajian mengikuti pengajaran dan pembelajaran
dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang ingin diajarkan
adalah bukan sesuatu yang mudah.
Pengkaji telah menggunakan teknik ³,Q$VD ́ dalam mengatasi masalah
kekeliruan peserta kajian dalam menggunakan kata pemeri ³LDODK ́ dan ³DGDODK ́
Pengkaji juga mencadangkan teknik ini dapat digunakan oleh pengajaran dan
pembelajaran oleh guru-guru Bahasa Melayu yang dibantu dengan aktivitiaktiviti
yang menarik dan menggunakan pelbagai media serta audio-visual yang menarik
dan berkesan. Melalui hasil dapatan kajian yang dijalankan, pengkaji berpendapat
bahawa kajian susulan boleh difikirkan dan dipertimbangkan dalam membentuk
satu perubahan atau mewujudkan penambahbaikan. Hal ini kerana setiap guru
yang menjalankan kajian tindakan yang akan meneruskan ke gelungan kedua,
dapat membantu dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru di
dalam bilik darjah.