KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
TEKNIK sipaBaCK DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN
ISI KARANGAN JENIS FAKTA BAGI MURID TAHUN LIMA

BRIAN ANAK PETER DABLIN
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti keberkesanan
teknik sipaBaCK dalam meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan
jenis fakta Bahasa Melayu bagi murid Tahun Lima. Seramai empat orang peserta
kajian daripada salah sebuah sekolah rendah di Tuaran, Sabah terlibat dalam kajian
ini. Tinjauan awal dilakukan sepanjang tempoh praktikum fasa satu di sekolah
menunjukkan murid-murid mempunyai idea dan isi sesuatu tajuk bagi setiap
perenggan pengenalan, isi dan penutup, namun idea tersebut tidak dijelaskan dan
dikupas dengan jelas selain tidak dapat menjana dan mengembangkan idea dalam
karangan cerita dengan baik. Pengkaji menjalankan kajian berpandukan kepada
Model Penyelidikan Kurt Lewin. Pengkaji juga menggunakan instrumen kajian seperti
ujian pra dan pasca, pemerhatian dan soal seilidik untuk memperoleh data. Dapatan
hasil kajian dianalisis secara deskriptif dan kuantitatif. Hasil dapatan kajian
menunjukkan penggunaan teknik sipaBaCK telah meningkatkan kemahiran
mengembangkan isi karangan jenis fakta Bahasa Melayu. Murid dapat menjana dan
mengembangkan idea dengan jelas semasa menghasilkan penulisan karangan isi
setelah intervensi dijalankan.

Free download pdf