FOKUS KAJIAN
Penyelidik perlu memfokuskan kepada beberapa masalah yang dinyatakan.
Tuntasnya, penentuan fokus kajian perlu menitikberatkan perkara-perkara seperti
kekangan dan masalah yang memerlukan tindakan segera, bidang kajian berada
dalam ruang lingkup kuasa pengkaji untuk bertindak, amalan kajian boleh
diaplikasikan ke dalam bidang tugas guru, penyelesaian masalah hasil amalan kajian
memberi manfaat kepada murid, guru dan sekolah dan data dikutip dengan cepat
dan mudah hasil kerjasama dengan warga sekolah.
Berdasarkan pengalaman pengkaji dalam mengajar di kelas Tahun 5 yang
terdiri daripada 7 orang murid, didapati majoriti daripada mereka masih lemah dalam
penguasaan kemahiran menulis karangan terutamanya dalam mengembangkan
idea. Pengkaji telah menjalankan kolaborasi dengan guru yang lebih berpengalaman
dan membuat rujukan serta melakukan perbincangan secara terperinci bersama-
sama dengan guru yang lebih berpengalaman bagi memikirkan inisiatif bagi
menyelesaikan masalah murid-murid. Antara masalah yang dihadapi adalah tentang
tahap penguasaan kosa kata atau perbendaharaan kata bahasa Melayu yang terhad.
Penggunaan bahasa ibunda memberi kesan yang jelas dalam penulisan karangan.
Murid tidak mampu membina ayat dan dan menjana idea semasa menulis karangan
disebabkan kesukaran untuk mencari perkataan yang lebih tepat dalam bahasa
Melayu.
Kedua, murid mengalami masalah dalam merangsang pemikiran untuk
befikir dan menjana idea semasa menulis isi karangan. Menulis karangan adalah
kemahiran berbahasa yang kompleks malah perlu sering diterapkan semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) (Abdul Rashid et al. 2016). Melalui pemerhatian
yang dilakukan, masalah yang dihadapi oleh murid termasuklah mengetahui isi bagi
setiap perenggan isi, namun apabila mereka ingin mengupas sesuatu isi, penulisan
huraian dan idea tidak disampaikan dengan jelas.
2OHK LWX SHQJNDML WHODK PHPSHUNHQDONDQ ³7HNQLN VLSD%D&. ́ XQWXN
dijalankan dalam proses PdP bagi meningkatkan kemahiran menulis isi karangan
jenis fakta dalam kalangan murid Tahun 5. Pengkaji mengaplikasikan pendekatan
proses dan teknik penyoalan semasa menggunakan teknik sipaBaCK ini dimana
setiap huruf daripada akronim sipaBaCK membawa maksud yang memerlukan murid
menjawab persoalan yang ada pada setiap akronim untuk dijadikan panduan
semasa menghuraikan isi karangan jenis fakta.