KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Apabila kajian ini dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapai objektif berikut:


Objektif Umum


Mengenal pasti keberkesanan penggunaan teknik sipaBaCK dalam
meningkatkan kemahiran menulis isi karangan jenis fakta murid Tahun 5.


Objektif Khusus


x Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan aspek huraian, contoh dan
kesan dalam penulisan.
x Meningkatkan keupayaan menghuraikan isi karangan yang tepat
mengikut kehendak karangan.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif-objektif kajian di atas, kajian ini dapat menjawab persoalan-
persoalan berikut:
3.2.1 Adakah teknik sipaBaCK dapat membantu murid meningkatkan kemahiran
mengembangkan isi karangan jenis fakta Bahasa Melayu dalam kalangan murid-
murid Tahun 5?
3.2.2 Adakah penggunaan teknik sipaBaCK dapat meningkatkan minat murid tahun
5 untuk menguasai kemahiran mengembangkan isi karangan jenis fakta Bahasa
Melayu?


METODOLOGI KAJIAN


Bagi memastikan kesahan data kajian, pengkaji menggunakan triangulasi sumber
data. kesahan adalah satu keperluan untuk memastikan keberkesanan kajian
kuantitatif (Cohen, Manion & Morrison, 2000). Oleh itu, pengkaji menggunakan
beberapa kaedah mengumpul data semasa melaksanakan intervensi kajian ini.
Instrumen yang digunakan ialah ujian bertulis, pemerhatian berbentuk nota lapangan
dan senarai semak serta soal selidik.

Free download pdf