KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Kajian lanjutan boleh dilakukan terhadap peserta kajian bagi melihat
kelestarian kemahiran mereka. Pengkaji mendapati bahawa teknik sipaBaCK akan
berfungsi dengan lebih baik jika ditambah satu modul tambahan iaitu yang
memfokuskan kepada penulisan keseluruhan bahagian karangan, iaitu perenggan
pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup. Melalui analisis keputusan
ujian pra yang dijalankan, didapati bahawa semua peserta kajian tidak dapat
mengembangkan idea daripada pengalaman sedia ada semasa menulis karangan
fakta. Namun demikian, selepas intervensi dijalankan selama seminggu, peserta
kajian berjaya menghuraikan perenggan isi. Oleh itu, penambahan modul ini dalam
teknik sipaBaCK dapat melatih murid untuk menghasilkan satu karangan penuh yang
lengkap dengan huraian dan contoh yang lengkap.


Cadangan seterusnya ialah pengkaji boleh memasukkan unsur Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam teknik sipaBaCK. Oleh itu, pengkaji
mencadangkan untuk menambah gelung intervensi dengan menggunakan
pendekatan berbeza. Dengan itu, teknik ini dapat digunakan dengan menggunakan
TMK dalam bentuk bahan interaktif. Hal ini demikian dapat meningkatkan minat
murid untuk belajar mengenai kemahiran menulis. Murid cenderung lebih tertarik
untuk belajar menggunakan TMK ini kerana terdapat penghubungjalinan pelbagai
unsur seperti grafik, video dan animasi serta audio yang lebih menarik dan
memudahkan pemahaman murid. Pelbagai sumber bahan (grafik, video, audio)
dapat meningkatkan lagi pemerolehan bahan atau input terhadap murid sesuai
dengan kecerdasan pelbagai murid.


Kesimpulannya, hasil dapatan kajian dengan penganalisisan data yang
terperinci jelas membuktikan bahawa penggunaan teknik sipaBaCK sangat berkesan
untuk membantu murid dalam mengembangkan isi karangan jenis fakta. Pencapaian
peserta kajian yang amat memberangsangkan menjelaskan lagi keberkesanan
intervensi yang dijalankan

Free download pdf