Dapatan Melalui Analisis Dokumen
Berdasarkan dua analisis dokumen yang dijalankan iaitu latihan semasa
intervensi dan latihan lembaran kerja, didapat bahawa peserta sememangnya
mampu menggunakan huruf besar dan tanda noktah pada binaan ayat mereka.
Namun demikian, pengkaji mendapati terdapat murid yang tidak dapat menulis
dengan jelas huruf-huruf besar semaVDPHPELQDD\DW0LVDOQ\DKXUXI³3 ́³, ́³0 ́
³& ́³. ́³) ́³1 ́³2 ́³6 ́³8 ́³9 ́GDQKXUXI³: ́0XULGVHPHPDQJQ\DPHQJHQDOL
dan mengetahui perbezaan antara huruf kecil dan huruf besar tersebut, namun atas
faktor cara menulis murid yang masih belum cukup diasah menyebabkan mereka
melakukan kesalahan ini sehingga mendapat markah yang rendah dalam aktiviti
penulisan. Malah ini juga menjadi peranan kepada pemeriksa kertas jawapan murid
untuk sentiasa teliti dalam memeriksa huruf-huruf yang ditulis oleh murid, kerana
terdapat murid yang telah meletakkan huruf besar yang betul namun dilihat salah
oleh pemeriksa kerana tulisan yang kurang jelas.
Bukan itu sahaja, pengkaji juga mendapati murid terkadang membuat
kesilapan sama terhadap penggunaan huruf besar dan tanda noktah semasa
membina ayat kerana ketiadaan origami KeKuNa. Justeru, pengkaji mencadangkan
agar setiap murid mempunyai origami KeKuNa ini dengan hasil tangan mereka
sendiri dan bimbingan daripada pengkaji. Ini sudah tentunya dapat meningkatkan
lagi motivasi murid untuk mengapikasikan origami KeKuNa serta memastikan
mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama kerana masing-masing telah memiliki
origami KeKuNa yang dicipta sendiri. Tambahan pula, pengkaji perlu terus
memastikan peserta kajian yang terlibat terus diberikan latihan pengukuhan yang
berterusan dan beransur maju daripada binaan ayat yang mudah, karangan ringkas
dan karangan panjang. Hal ini akan membantu pengkaji untuk dapat menganalisis
perkembangan penguasaan peserta dan seterusnya memberi pendekatan yang
relevan mengikut permasalahan yang dihadapi oleh peserta.