Berdasarkan hasil dapatan daripada ujian pra dan ujian pos, terdapat
perbandingan skor markah bagi kedua-dua ujian menunjukkan terdapat
perbezaan yang sangat ketara selepas murid menjalani tindakan yang
ditadbirkan oleh pengkaji iaitu teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA. Secara
keseluruhan, terdapat peningkatan terhadap prestasi murid dalam kemahiran
perluasan ayat tunggal. Melalui jadual 6.1.1.2 (a) dapat dilihat dengan jelas
bahawa terdapat murid 1 yang mempunyai peningkatan skor markah sebanyak
10 markah iaitu 40 peratus. Bagi murid 2 pula, perbezaan markahnya sebanyak
18 markah iaitu 72 peratus manakala markah murid 3 paling ketara perbezaan
iaitu 20 markah sebanyak 80 peratus. Bagi murid 4 dan 5 pula, perbezaan
markah ujian pra dan pos mereka iaitu 10 dan 9 markah mewakili 40 peratus
dan 36 peratus. Melalui ujian ini, data-data menunjukkan semua murid telah
menunjukkan kesungguhan dan peningkatan dalam penggunaan pembinaan
perluasan ayat tunggal dalam kalangan murid. Setiap murid mencapai tahap
yang baik dan cemerlang dalam ujian pos. Kesimpulannya, pengkaji
menyimpulkan bahawa Teknik Pembaris Ilmu SAS-PREMBIBA yang
digunakan dapat membantu murid dalam meningkatkan kemahiran perluasan
ayat tunggal.
ANALISIS LEMBARAN KERJA
Jadual 8 : Jadual Perbandingan Peratusan Langkah Tindakan 3 dan 4 bagi
setiap murid
Murid Tindakan 3 Tindakan (^4) Perbezaan
Markah
Peratus
Markah Peratus Markah Peratus
1 16/25 64% 20/25 80% 4 16%
2 17/25 68% 20/25 80% 3 12%
3 18/25 72% 14/25 56% 4 16%
4 20/25 80% 18/25 72% 2 8%
5 18/25 72% 20/25 80% 2 8%