KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGAL TAHUN 3
MENGGUNAKAN TEKNIK ROKET KASif

NUR AMANINA BINTI MOHD RAMALAN
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal yang
lengkap dalam kalangan murid tahun 3 menggunakan teknik Roket KASif yang telah
dicetuskan sebagai alternatif pedagogi teknik untuk mereka. Kajian ini telah dijalankan
ke atas 4 orang murid di salah sebuah sekolah rendah kebangsaan di daerah Tuaran.
Berdasarkan pemerhatian awal, saya mendapati bahawa beberapa orang murid tidak
menguasai kemahiran membina ayat dengan baik dan ayat yang dibina kurang
gramatis. Oleh itu, pengkaji telah mencetuskan teknik Roket KASif berdasarkan
Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1948). Pengumpulan data diambil melalui
ujian pra dan pos, analisis dokumen, pemerhatian serta soal selidik yang telah dibina.
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat beberapa peserta kajian mengalami
peningkatan dalam membina ayat tunggal dengan gramatis menggunakan kaedah
Roket KASif. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian kuantitaitf dan
diterjemahkan dalam bentuk graf, carta pai dan sebagainya. Hasil daripada kajian ini
menunjukkan kaedah ini dapat memberikan kesan yang efektif bagi kemahiran
membina ayat bagi subjek Bahasa Melayu.


Kata kunci : ayat tunggal, Roket

Free download pdf