PENGENALAN
Pengajaran kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai
oleh setiap individu terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut (Siti
Hajar Abdul Aziz,2009) kemahiran merupakan kepandaian atau kecekapan individu
manakala berbahasa pula bererti menggunakan sesebuah bahasa tersebut. Secara
ringkasnya, Kemahiran berbahasa ialah sesuatu kebolehan individu dalam
menggunakan suatu bahasa. Kemahiran berbahasa mencakupi beberapa kemahiran
antaranya kemahiran membaca, menulis, mendengar dan bertutur. Komponen-
komponen ini amat penting untuk dikuasai agar setiap proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif dan berkesan terhadap sudut kognitif
murid. Ia bukan sahaja dapat dari segi pengetahuan murid malah dapat membantu
meningkatkan sudut interpersonal dan intrapersonal murid di dalam bilik darjah
mahupun di luar skop pembelajaran.
Namun lazimnya, di dalam sebuah komuniti bilik darjah sudah mesti terdapat
beberapa isu kemahiran berbahasa dalam kalangan murid seperti kemahiran
menulis ayat. Menurut Hazell Erdawaty, 2014 kemahiran menulis ialah keupayaan
murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis
penulisan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Simbol
grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf- huruf atau gabungan huruf-huruf yang
berkaitan dengan lambang bunyi semasa kita sedang bertutur. Kemahiran menulis ini
memerlukan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur
pengetahuan dan penulisan imaginatif.
PENYATAAN MASALAH
Dalam kajian ini memfokuskan terhadap penguasaan kemahiran membina ayat
tunggal yang baik dan gramatis. Meskipun terdapat murid yang mempunyai masalah
lain seperti kesalahan ejaan, tulisan atau bahasa namun pengkaji menekankan
kepada aspek pembinaan ayat tunggal kerana ia merupakan suatu asas yang
penting dalam konteks bahasa Melayu sebelum mereka menguasai jenis ayat yang
lain seperti kata majmuk mahupun penulisan karangan. Terdapat beberapa orang
murid yang menjadi peserta kajian dalam kajian ini bersesuaian dengan tahap
kebolehan dan masalah yang mereka hadapi. Berikutan dengan isu yang dihadapi,
pengkaji telah menggunakan teknik Roket KASif sebagai kaedah dalam membantu
peningkatan pembinaan ayat tunggal murid tahun 3.
Kemahiran membina ayat merupakan perkara yang penting agar murid dapat
menyampaikan idea dan pendapat sendiri melalui kemahiran menulis menggunakan