Perbandingan Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2
M6
M5
M4
M3
M2
M1 0 20 40 60 80 100 120
Pemerhatian 2 Pemerhatian 1
Graf 2: Peratusan Data Perbandingan Pemerhatian 1 dan Pemerhatian 2
Berikut merupakan perbandingan di antara pemerhatian 1 dan pemerhatian
- Berlaku peningkatan yang baik pada setiap item. Bagi M1 berlaku peningkatan iaitu
ia mencapai 100% pada Pemerhatian 2 di mana murid menunjukkan minat semasa
pengkaji mengajarkan ayat tunggal berbanding Pemerhatian 1 hanya mencapai 75%.
Seterusnya bagi M2 juga mencapai 100% di mana murid memberikan respon
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan namun dalam
Pemerhatian 1 peserta kajian mencapai 50%. Selain itu, dalam M3 murid mula
melibatkan diri sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran pada Pemerhatian - Hal ini pada Pemerhatian 2, item M3 mencapai 100% berbanding 75% pada
Pemerhatian 1.
Bagi M4 pula, peserta kajian mencapai 75% pada Pemerhatian 2 dan 25%
pada Pemerhatian 1. Murid mula menunjukkan peningkatan iaitu murid dapat
menjawab soalan dengan yakin semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Di
samping itu, dalam item M5 murid dapat membina ayat tunggal menggunakan
turutan yang betul pada Pemerhatian 2 menyebabkan peserta kajian mencapai
100% berbanding Pemerhatian 1 kesemua peserta kajian tidak dapat membina ayat
tunggal menggunakan turutan yang betul. Akhir sekali, murid hanya mencapai 25%
dalam kod item M6 iaitu mewakili seorang murid sahaja murid yang melakukan
kesalahan ejaan dan tanda baca pada pemerhatian 2. Secara keseluruhannya,
berlaku peningkatan terhadap setiap item setelah intervensi dijalankan.