KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Namun kajian tindakan ini juga mempunyai kekuatan dan kelemahan.
Antaranya teknik Roket KASif ini sendiri merupakan sebuah intervensi.
Keberkesanan teknik ini dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal
menjadi tunjang kepada kejayaan kajian pengkaji. Maka isu tidak dapat membina
ayat tunggal dengan gramatis dapat dikurangkan. Melalui teknik Roket KASif, peserta
kajian dilihat berupaya membina ayat tunggal dengan baik dan mampun
mengembangkan predikat setelah tindakan dijalankan. Selain meningkatkan
kemahiran membina ayat tunggal, penggunaan Roket KASif ini juga telah
membetulkan struktur ayat peserta kajian seperti pembetulan kosa kata, tatabahasa,
tanda baca dan sebagainya. Pengaplikasian Roket KASif ini telah membimbing
peserta kajian menulis ayat tunggal dengan baik dan gramatis.


Sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini juga, peserta kajian menunjukkan
minat terhadap teknik Roket KASif kerana ia merupakan sebuah perkara yang
baharu dan dapat membantu penguasan mereka dalam membina ayat tunggal. Kajian
ini juga memberi peluang kepada guru untuk mengamalkan inovasi dan cakna
terhadap pembelajaran murid. Menurut Esah Sulaiman dalam Amalan
Profesionalisme Perguruan, guru perlu cekap mengubahsuai pengajaran, prihatin
terhadap keperluan pelajar dan jangan terlalu terikat dengan sesuatu keadaan atau
bahan tertentu.


CADANGAN

Merujuk kepada kajian yang telah dilakukan, terdapat cadangan tindakan susulan
yang boleh dilakukan untuk penambahbaikkan teknik pada masa akan datang. Teknik
Roket KASif ini dilihat sebagai fleksibel bagi pembelajaran bahasa Melayu. Teknik ini
bukan sahaja terhad kepada murid tahun 3 namun boleh dikembangkan dan
diaplikasikan terhadap murid tahun lain seperti murid tahun 4 atau 5. Teknik ini
bersesuaian dengan tahap kognitif mereka dan memudahkan pembinaan ayat
tunggal yang baik dan lebih gramatis. Selain itu, pengkaji boleh mengaplikasi teknik
Roket KASif dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan bahasa. Memandangkan
penggunaan teknik Roket KASif dilihat berkesan dalam mengajar pembinaan ayat
Bahasa Melayu, maka ia juga sesuai untuk pembinaan ayat Bahasa Inggeris. Hal ini
berikutan struktur ayat Bahasa Inggeris yang hampir serupa dengan struktur ayat
bahasa Melayu. Dengan melakukan sedikit pengubahsuaian, teknik Roket KASif boleh
digunakan bagi matapelajaran bahasa Inggeris. Penambahbaikan ini dilihat
berkemungkinan membantu murid meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal
dalam Bahasa Inggeris atau bahasa lain.

Free download pdf