KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang efektif dan kondusif akan
dapat dijayakan sekiranya seseorang pendidik itu mampu merancang dan
melaksanakan suatu aktiviti yang menarik fokus murid serta menyelesaikan masalah
pembelajaran mereka. Sewaktu praktikum pada fasa kedua di Sekolah Kebangsaan
Bawang, Tamparuli, Sabah, biarpun ia dilaksanakan secara atas talian pengkaji telah
berjaya mengenal pasti satu masalah yang dialami oleh beberapa orang murid di
dalam bilik darjah yang diajar. Bilik darjah tahun 3 ini melibatkan murid seramai 23
orang yang mempunyai pelbagai latar belakang dan tahap kecerdasan serta
kemahiran pembelajaran yang berbeza. Majoriti murid dari bilik darjah ini tinggal di
kawasan perkampungan dan beberapa daripada mereka masih lagi kurang
mempunyai penguasaan dalam aspek penggunaan huruf besar pada kata nama
khas dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Bagi mengatasi isu yang timbul ini,
pengkaji telah melaksanakan satu kajian tindakan bagi membantu murid yang
bermasalah ini dalam penggunaan huruf besar bagi kata nama khas menggunakan
WHNQLNμ:$.87¶


PERNYATAAN MASALAH

Kajian tindakan yang dilaksanakan adalah bersandarkan kepada permasalahan yang
dihadapi oleh murid Tahun 3 di salah satu sekolah dalam daerah Tamparuli. Masalah
yang dihadapi oleh murid adalah penulisan kata nama khas yang salah iaitu
menggunakan penulisan huruf kecil. Perkara ini dapat dikenal pasti selepas
beberapa kali sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh pengkaji di mana
kelemahan murid amat ketara semasa pembinaan ayat yang mengandungi
penggunaan kata nama khas.


Biarpun telah diberikan teguran dan peringatan, namun murid masih
melakukan kesalahan yang sama. Antara inisiatif awal yang diambil oleh pengkaji
VHEHOXP PHQFDGDQJNDQ SHQJJXQDDQ WHNQLN μ:$.87¶ LQL LDODK SHQJNDML WHODK
menggunakan teknik latih tubi yang biasa bagi membantu menyelesaikan masalah
yang dihadapi murid. Namun begitu hanya beberapa dari sebilangan murid tersebut
yang berjaya menyelesaikan masalah mereka. Keputusan yang diperoleh hasil dari
teknik ini juga adalah tidak kekal. Atas dasar ini, pengkaji telah mengemukakan
teknik yang perlu didedahkan kepada murid agar ia dapat membantu murid untuk
lebih peka dengan penulisan penggunaan huruf besar pada kata nama khas.

Free download pdf