dalam mengurangkan kekeliruan yang dihadapi oleh murid-murid bagi topik penjodoh
bilangan buah dan biji.
OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
Tujuan penyelidikan/kajian ini adalah untuk:
- Mengurangkan kekeliruan murid terhadap topik penjodoh bilangan buah dan
biji menggunakan teknik Kembara PBBuJi. - Meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap topik penjodoh bilangan
buah dan biji menggunakan teknik Kembara PBBuJi.
Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
i. Adakah penggunaan teknik PBBuJi dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid terhadap topik penjodoh bilangan buah dan biji?
ii. Adakah penggunaan teknik PBBuJi dapat mengurangkan kekeliruan
terhadap penjodoh bilangan buah dan biji?
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kajian kualitatif ialah kajian ke
atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci
serta mendalam. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif
banyak menggunakan kaedah interaksi, bersemuka dengan subjek kajian dan
pendekatan induktif untuk menjana teori (Z. Zainudin). Kajian kualitatif adalah reka
EHQWXN NDMLDQ \DQJ GLDQJJDS EDKDUX :DODXSXQ LVWLODK μNDMLDQ NXDOLWDWLI¶ GLGDNZD
jarang ditemui pada awal tahun 2000 (Wolcott 2009), namun Robson (2011)
mendapati kajian mengguna pendekatan kualitatif dikesan mula mendapat tempat
dan digemari oleh para pengkaji mulai tahun 1990-an lagi (Mokmin Basri, 2012).