KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

soalan berkaitan Penjodoh Bilangan Buah dan Biji dengan betul. Pengkaji turut
bertindak sebagai pembimbing sepanjang aktiviti ini dijalankan.


Langkah 3:


Setelah aktiviti individu, pengkaji menunjukkan paparan skrin kepada semua
murid. Pengkaji memulakan permainan pada tahap 2 pula dan murid-murid perlu
menyelesaikannya secara berkumpulan. Tetikus diberikan kepada murid mengikut
giliran yang ditetapkan oleh pengkaji agar tidak berlaku perebutan. Jika murid tidak
dapat menjawab soalan dengan betul, maka pengkaji akan meminta rakan mereka
yang lain untuk sama-sama membantu. Teknik perbincangan turut diselitkan dalam
aktiviti ini.


Langkah 4:


Pengkaji mengedarkan set soalan pos yang mengandungi soalan yang sama
seperti soalan pada awal pembelajaran. Keputusan soalan pra dan pos adalah untuk
mengukuhkan lagi kajian tindakan ini. Ketika ini juga, pengkaji telah memasuki
langkah ketiga dalam Model Lewin iaitu memerhati. Hasil pemerhatian itu akan
menentukan sama ada aktiviti yang berasaskan gamifikasi itu berjaya meningkatkan
tahap kefahaman murid ataupun tidak. Hasil pemerhatian juga akan dicatat oleh
pengkaji secara kasar dan menyeluruh. Sebelum bersurai, pengkaji mengambil
kesempatan untuk menemu bual murid-murid tentang teknik PBBuJi yang digunakan
oleh pengkaji. Pengkaji menggunakan borang temu bual berstruktur yang
berpandukan skala Gutmann yang bertujuan untuk mendapat pilihan murid daripada
GXDSHQLODLDQ\DQJGLEHULNDQLDLWX³<D ́DWDX³7LGDN ́.


DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Objektif 1: Mengurangkan kekeliruan murid terhadap topik penjodoh bilangan
buah dan biji menggunakan teknik Kembara PBBuJi
Objektif pertama bagi kajian tindakan ini ialah mengurangkan kekeliruan
murid terhadap topik penjodoh bilangan buah dan biji menggunakan teknik Kembara
PBBuJi. Murid-murid tidak dapat menguasai topik ini dengan baik kerana timbulnya
kekeliruan yang dihadapi oleh mereka terhadap topik penjodoh bilangan buah dan
biji. Jadi, untuk mengurangkan kekeliruan, pengkaji telah melaksanakan satu
langkah tindakan dan inovasi yang mampu membantu murid dalam menyelesaikan

Free download pdf