KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

dengan menggunakan pendekatan, kaedah, teknik dan strategi yang pelbagai bagi
meningkatkan kefahaman, penguasaan, ingatan dan pencapaian murid-murid dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya bahagian penulisan karangan.


OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


Objektif Kajian


1) Meningkatkan kemahiran murid mengembangkan isi-isi utama dalam
karangan fakta menggunakan teknik TaDTaAT + WIsHuP + CaRap.
2) Meningkatkan kebolehan murid menyusun ayat semasa menghasilkan
karangan jenis fakta dengan menggunakan teknik TaDTaAT + WIsHuP +
CaRap.

Soalan Kajian


1) Adakah teknik TaDTaAT + WIsHuP + CaRap membantu
meningkatkan kemahiran murid mengembangkan isi-isi utama dalam
karangan fakta?
2) Adakah teknik TaDTaAT + WIsHuP + CaRap dapat meningkatkan
kebolehan murid menyusun ayat semasa menghasilkan karangan jenis
fakta.

PESERTA KAJIAN


Kajian ini melibatkan 4 orang murid Tahun 5 Arif di salah sebuah sekolah di daerah
Kangar, Perlis. Peserta kajian adalah terdiri daripada dua orang lelaki dan dua orang
perempuan. Pengkaji telah membuat semakan latihan dan mendapati peserta kajian
lemah dalam mengembangkan isi karangan jenis fakta. Peserta kajian bersikap tidak
mengambil berat untuk meningkatkan tahap penulisan mereka ke arah yang lebih
baik. Pengkaji juga melihat kepada latar belakang peserta kajian. Pengkaji
mendapati semua peserta kajian berasal daripada keluarga yang sederhana di mana
mereka terpaksa berkongsi telefon pintar untuk mengikuti kelas secara atas talian.
Bukan itu sahaja, mereka juga ada yang ketinggalan semasa pandemik Covid- 19
melanda negara. Ibu bapa mereka juga tidak cakna akan prestasi akademik anak
masing-masing menyebabkan peserta kajian kurang motivasi untuk meningkatkan
pencapaian.

Free download pdf