KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Tambahan pula, dasawarsa ini sistem pendidikan telah dijalankan
secara atas talian dan tidak dapat dijalankan secara bersemuka akibat wabak
pandemik Covid- 19 yang melanda seantero dunia. Hal yang demikian telah
membantutkan pembelajaran secara bersemuka dimana mengajar secara
terus lebih memberi impak yang positif kepada murid kerana murid dapat
bertanyakan soalan secara terus kepada guru jika kurang memahami tajuk
berikut. Dengan berlakunya sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR), guru menghadapi kesukaran untuk memberi penerangan yang jelas
dan efektif kepada murid-murid kerana guru tidak mengetahui perkara yang
berlaku di sekeliling murid-murid.


PERNYATAAN MASALAH


Kajian ini bermula apabila pengkaji memulakan pengajaran di kelas tahun 5.
Terdapat lima orang murid dari kelas Tahun 5 ini mempunyai masalah
penguasaan pembinaan ayat gramatis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pengkaji mendapati bahawa peserta kajian ini bermasalah dalam pembinaan
ayat tunggal yang mengalami proses peluasan subjek dan predikat. Murid-
murid ini boleh dikategorikan sebagai murid berpotensi kerana kesemua
mereka dapat membaca dengan lancar. Namun, pembinaan ayat yang kurang
gramatis telah menyukarkan guru untuk mengajar murid ke peringkat yang lebih
tinggi.


Peserta kajian ini mempunyai masalah dalam membina ayat gramatis
yang mempunyai peluasan ayat kerana kebanyakan daripada mereka hanya
mampu untuk membina ayat mudah dan ringkas. Oleh yang demikian, ramai
lagi murid yang menghadapi masalah ini sebenarnya. Pembinaan ayat
mengikut struktur yang betul dan lengkap amat penting dalam kehidupan
seharian kerana penggunaannya perlu dimartabatkan ke peringkat yang lebih
tinggi. Oleh itu, penggunaan teknik PSP yang dicipta oleh pengkaji dapat
meningkatkan kefahaman murid dalam pembinaan ayat gramatis dengan
peluasan subjek dan predikat dengan betul. Murid juga dapat menjalankan
aktiviti secara hands on menggunakan teknik PSP ini. Teknik ini amat
memudahkan murid untuk berjaya membina ayat gramatis.

Free download pdf