PENGGUNAAN TEKNIK BAKIT DALAM KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA
MELAYU MURID TAHUN 3
Sharon Stephen
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum di sekolah, terdapat murid yang
masih tidak dapat membaca dengan lancar dan jelas. Hal ini dikatakan demikian
kerana terdapat beberapa orang murid yang masih perlukan bimbingan untuk
membaca. Perkara ini dilihat apabila murid yang tidak fasih membaca kelihatan
kurang bersemangat dan pasif ketika pengajaran dan pembelajaran yang
berfokuskan kepada kemahiran membaca. Kesan daripada masalah ini, pengkaji
menggunakan teknik BaKit yang membawa singkatan kepada teknik Baca Kit
dalam pembelajaran murid. Teknik ini menggunakan alat perakam suara yang
dimainkan semula dan kad pembelajaran yang dijadikan sebagai bahan untuk
membantu meningkatkan pembacaan murid. Kajian ini menggunakan model
Kemmis & McTaggart di mana ianya bermula dari tinjauan awal, merancang
tindakan, melaksanakan tindakan dan memerhati dan merefleks. Diharapkan
agar objektif kajian dapat dicapai di mana murid meningkat dalam kemahiran
membaca terutamanya dalam mengenal suku kata dan perkataan yang
merupakan asas dalam pembacaan. Data dikumpul dengan menggunakan
pemerhatian kemudian skala yang ditetapkan iaitu skala 1 (lemah), skala 2
(sederhana) dan skala 3 (baik). Hasil daripada penggunaan teknik BaKit dan
pengumpulan data ini, dapat dilihat sejauh mana keberkesanannya terhadap
pembacaan murid.