KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

PERNYATAAN MASALAH


Berdasarkan pengalaman mengajar, pengkaji melihat banyak kelemahan dari segi


pengajaran yang perlu diperbaiki. Hal ini kerana mengajar itu bukanlah semudah


yang dijangka sebelum menjalani praktikum. Selain menyediakan aktiviti dalam


Rancangan Pengajaran Harian (RPH), pengkaji juga perlu melayan karenah murid


yang pelbagai. Misalnya, ada yang bergaduh sehingga menangis, bertanya tidak


berkaitan dengan pengajaran, hilang fokus di dalam kelas dan sebagainya. Perkara


ini menyebabkan masa banyak terbuang dan pengajaran tidak berjalan seperti yang


dirancang. Pengkaji mulai sedar bahawa pengawalan kelas perlu dilakukan agar


pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.


Seterusnya, pengkaji sedar bahawa murid yang tidak fasih membaca
perlukan bimbingan. Semasa menjalankan pengajaran secara bersemuka, pengkaji
dapat membimbing murid walaupun mempunyai kekangan masa namun apabila
pengajaran dijalankan secara atas talian, pengkaji sukar untuk membimbing murid
kerana tidak semua murid mempunyai gadjet sendiri dan memerlukan gadjet ibu
bapa atau penjaga untuk belajar. Kekangan seperti ini menyebabkan pengkaji harus
menunggu murid menghantar tugasan terlebih dahulu kemudian membimbing
mereka secara personal melalui soalan-soalan yang mereka tidak dapat jawab
dengan betul. Perkara ini sememangnya tidak dapat dihalang dan pengkaji perlu
akur serta memahami situasi murid dan juga ibu bapa serta penjaga.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


OBJEKTIF KAJIAN



  1. Murid semakin fasih dalam membaca walaupun tidak lancar sepenuhnya.

  2. Teknik BaKit dapat bantu meningkatkan kemahiran membaca murid.

  3. Murid dapat membaca suku kata dan perkataan dengan betul.

Free download pdf