KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Setelah menjalankan kajian tindakan, saya mendapati kajian tindakan
merupakan kajian yang amat sesuai digunakan untuk menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran di samping dapat meneroka permasalahan yang
dihadapi oleh subjek kajian. Dengan menjalankan kajian tindakan juga, saya dapat
mengetahui amalan pengajaran yang paling sesuai digunakan untuk menarik minat
para subjek kajian apabila mempelajari sesuatu perkara.


Sebagai guru yang baik, kita haruslah peka dan sentiasa mencuba teknik atau
kaedah pengajaran yang baharu agar murid-murid tidak merasa bosan apabila
mempelajari sesuatu mata pelajaran. Di samping memupuk suasana pembelajaran
yang ceria dan harmonis, murid juga dapat mempelajari kemahiran bahasa dengan
menggunakan teknik yang pelbagai dan menyeronokkan.


CADANGAN TINDAKAN SUSULAN


Salah satu cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan pengajaran dan potensi
pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca secara mekanis ialah
dengan menyediakan lebih banyak instrumen yang berbentuk set ujian diberikan
kepada subjek kajian. Set ujian tersebut boleh dibina secara berperingkat mengikut
aras murid seperti dari tahap mudah ke tahap yang lebih mencabar.


Selain itu, kumpulan sasaran boleh diubah kepada skop yang lebih meluas seperti
murid-murid tahap 1. Selama ini, kajian yang dijalankan ini tertumpu kepada murid
tahun 4 (tahap 2) dan pengkaji mendapati keputusannya amat membanggakan.
Justeru itu, pengkaji akan mencadangkan kepada guru-guru Bahasa Melayu lain agar
PHQFXED μ.DHGDK ;SOXV¶ LQL NHSDGD PXUid-murid mereka kerana pada pengkaji
pengajaran asas kemahiran membaca dan menulis seharusnya diberi penekanan
yamg serius seawal persekolahan lagi agar murid dapat menguasainya secepat yang
mungkin. Menurut Abbott (1997), beliau mengatakan bahawa prestasi seseorang
murid itu bermula sejak kanak-kanak lagi. Oleh itu, apabila murid tidak dapat dapat
menguasai kemahiran asas seperti membaca dan menulis, maka sudah semestinya
ia akan menyukarkan murid itu untuk meningkat ke peringkat yang lebih tinggi.

Free download pdf