KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
PELAKSANAAN TEKNIK JAGU DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN
MURID BERKAITAN KATA NAMA KHAS DALAM AYAT TAHUN 3

Muhammad Adam Muhaimin bin Zaidee
En. Tajip Bin Tassan
PISMP Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2018
IPG Kampus Kent
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid
untuk mempelajari kata nama khas. Kajian ini dijalankan berfokus kepada penggunaan Teknik
Jagu iaitu Jadual dan Lagu dalam usaha meningkatkan penguasaan murid bagi penggunaan
kata nama khas. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian
tindakan dengan mengadaptasi Model Kemmis & Mc Taggart. Instrumen yang digunakan
termasuklah temu bual tidak berstruktur, pemerhatian, ujian awal dan akhir serta analisis
lembaran kerja. Peserta Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid tahun tiga dari sebuah
sekolah di daerah Tuaran, Sabah sebagai peserta kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan
penggunaan Teknik Jagu dapat meningkatkan kefahaman murid serta meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam kata nama khas. Selain itu, penggunaan teknik Jagu ini dapat dilihat
perbezaan prestasi murid sebelum dan selepas teknik ini diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan teknik Jagu ini juga boleh diaplikasikan dalam meningkatkan
penguasan murid untuk kata nama am. Penggunaan teknik Jagu ini disarankan untuk
diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu bagi melatih murid
dalam pengajaran tatabahasa. Signifikan kajian ini adalah dapat dimanfaatkan oleh semua
guru Bahasa Melayu untuk mempelbagaikan teknik pengajaran guru dalam tatabahasa.
Kata Kunci : Kata Nama Khas, Tatabahasa, teknik, Jagu, kemahiran tatabahasa.


ABSTRACT
This research was conducted in aims to find solutions to the problems faced by students to
learn special nouns. This study was conducted focusing on the use of Jagu Technique, namely
Tables and Songs in an effort to improve students' mastery of the use of special nouns. This
study uses a qualitative approach with an action research design by adapting the Kemmis &
Mc Taggart Model. Instruments used included unstructured interviews, observations, initial and
final tests as well as document analysis. Participants This study involved a total of five third
year students from a school in the district of Tuaran, Sabah as study participants. The results
of the study showed that the use of Jagu Technique can improve students 'understanding as
well as increase students' level of mastery in special nouns. In addition, the use of Jagu
technique can be seen the difference in student performance before and after this technique
is applied in teaching and learning. The use of this Jagu technique can also be applied in
improving students' mastery of general nouns. The use of Jagu technique is recommended to
be applied in the teaching and learning of Malay language to train students in the teaching of
grammar. The significance of this study is that it can be used by all Malay language teachers
to diversify teachers' teaching techniques in grammar.
Keywords: Special Nouns, Grammar, technique, Jagu, grammar skills.

Free download pdf