v
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera
Salam KENT, Kerana Engkau Nama Terbilang
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Bahasa Kadazandusun dengan kerjasama Jabatan Perancangan,
Penyelidikan dan Inovasi kerana berjaya menghasilkan buku “Sompuruan Artikel Jurnal Ponoriukan
PISMP Boros Kadazandusun Koonuan Mahas 2018” bagi tahun 2022.
Sesungguhnya, penyelidikan dalam pendidikan bertujuan untuk mengembangkan ilmu
pendidikan, menyelesaikan masalah pendidikan dan menyelidik pembangunan pendidikan negara.
Kursus ini juga menjadi satu syarat dalam pensiswazahan guru agar dianugerahkan sijil Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan. Sehubungan dengan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh guru pelatih
khususnya pelajar PISMP Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2018, maka terhasilah sebuah
“Sompuruan Artikel Jurnal Ponoriukan PISMP Boros Kadazandusun Koonuan Mahas 2018”
sebanyak 18 topik yang membuktikan bahawa setiap pelajar mampu membuat refleksi mengenai
pembelajaran daripada pengalaman penyelidikan yang dilalui.
Perkongsian ilmu melalui penerbitan artikel jurnal ini semestinya memberikan impak yang
besar terhadap perkembangan ilmu pendidikan dalam bahasa Kadazandusun. Kita berharap agar
artikel jurnal ini mampu memberikan manfaat kepada semua pelajar, pensyarah, guru-guru dan murid
khususnya masyarakat Kadazan Dusun serta individu yang berminat untuk menjiwai bahasa ibunda
ini. Usaha sebegini perlu diteruskan lagi agar bahasa ibunda yang menjadi identiti masyarakat Kadazan
Dusun tidak hilang dimakan usia.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga KENT,
kepada Penasihat Datin Dr. Hajah Rosinah Binti Edinin, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru
Kampus Kent, Ketua Jabatan Bahasa Kadazandusun, Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan
Inovasi dan sidang editor buku “Sompuruan Artikol Jurnal Penyelidikan”. Tidak lupa juga kepada
semua pelajar Bahasa Kadazandusun Ambilan Jun 2018 yang telah menyumbang dalam menulis
artikel jurnal dalam buku ini.
Sekian dan terima kasih,
DR.HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH, B.S.KD
KATA-KATA ALUAN
PENGARAH
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent