IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1

  1. Guru mendorong perbincangan tersebut untuk meningkatkan rasa ingin tahu murid dengan
    memberi masalah baharu untuk diselesaikan bersama dengan menanyakan soalan berikut:
     Mengapakah kita perlu air kekal panas? Apakah kegunaan air panas? Berikan contoh.
     Bagaimanakah cara untuk kita kekalkan air panas dalam tempoh waktu yang lama seperti
    orang dahulu kala?


Explore (Penerokaan) (Masa: 40 minit)



  1. Define/Ask:
     Murid menerangkan kegunaan air panas dalam kehidupan seharian dan cara-cara untuk
    mengekalkan suhu air panas tersebut.
     Murid juga dibimbing oleh guru untuk membincangkan masalah yang ingin dikaji iaitu
    menghasilkan termos yang dapat menyimpan haba bagi air panas dalam tempoh yang lama.

  2. Research:
    Murid mencari maklumat tentang ;
     Apakah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menyimpan air panas?
     Apakah yang diperlukan supaya air panas dapat disimpan dalam tempoh yang lama?
     Adakah permukaan alatan yang dicipta berdasarkan objek gelap dan kusam membebaskan
    haba dengan baik?
     Alatan gelap dan kusam atau alatan putih dan berkilat yang menyerap haba dengan baik?

  3. Imagine:
     Murid diberikan kertas A4 pelbagai warna (6 warna x bilangan pelajar) untuk melakarkan
    idea bagi menghasilkan termos yang dapat menyimpan haba bagi air panas dalam tempoh
    yang lama (secara individu).
     Kemudian murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut warna kertas A4 yang telah
    diberikan. Murid diminta membanding lakaran mereka dengan rakan lain.

  4. Plan:
     Murid mengenal pasti lakaran yang terbaik untuk dihasilkan sesuai dengan konsep
    pengaliran, penyerapan dan pembebasan haba.
     Murid merancang model dan alatan menyimpan air panas yang lebih baik.

  5. Guru membimbing murid untuk membincangkan:
     Bentuk model termos sebagai penebat haba yang boleh dibina.
     Penggunaan bahan sedia ada dalam kehidupan harian bagi menghasilkan termos yang dapat
    mengekalkan suhu air panas dalam tempoh yang lama.
     Pemilihan bahan yang paling sesuai digunakan sebagai permukaan luar dan permukaan
    dalam termos penebat haba.
     Pemilihan warna apa yang paling sesuai untuk permukaan luar dan permukaan dalam
    sebagai penebat haba yang baik.


Explain (Penerangan) (Masa: 20 minit)



  1. Share: Murid membentangkan hasil lakaran model termos mereka.

  2. Reflect: Murid membanding hasil lakaran model termos mereka dengan kumpulan yang lain.

  3. Improve: Murid membincangkan penambahbaikan yang harus dilakukan berdasarkan justifikasi
    yang didapati.

Free download pdf