181
b. Kemahiran Berfikir
- Menciri
- Membanding dan membeza
- Menganalisis
- Membuat kesimpulan
- Meramal
c. Nilai
- Bekerjasama semasa melaksanakan aktiviti kumpulan.
Ringkasan Aktiviti
Berikut merupakan ringkasan kepada rancangan PdP yang menggunakan strategi dalam
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham.
a. Fasa orientasi
Fasa ini bertujuan untuk menarik minat dan perhatian murid terhadap apa yang hendak
disampaikan. Selain itu, ia juga membantu dalam menyediakan suasana pembelajaran yang
sesuai bagi memulakan proses PdP.
Guru memaklumkan kepada murid mengenai pembelajaran topik baharu dan persediaan
untuk mengadakan sesi PdP di luar bilik darjah.
Guru nyatakan peraturan dan langkah keselamatan kepada murid-murid. Guru boleh
tambahkan senarai tersebut jika perlu.
Murid beratur dan menuju ke padang rumput/ pondok.
Guru memastikan semua murid telah bersedia untuk sesi pembelajaran dan pembelajaran
(PdP) seterusnya.
b. Fasa pencetusan idea
Fasa pencetusan idea ini merupakan fasa yang merangsang murid untuk meninjau semula dan
menyedari idea asal mereka.
Guru kaitkan keperluan asas (air) manusia dan haiwan (yang telah dipelajari) dengan
tumbuhan (yang akan dipelajari).
Aktiviti 1.1: Memerhati dan membeza
c. Fasa Penstrukturan Semula Idea
Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru akan mewujudkan kesedaran tentang idea
alternatif yang berbentuk saintifik. Selain itu, murid juga akan menyedari bahawa idea-idea
sedia ada perlu diubah suai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik
jika didapati idea sedia ada adalah tidak sesuai.
Guru memberi penerangan mengenai fungsi air dan kepentingan air kepada tumbuhan.
Aktiviti 1.2: Permainan: “Siapa betul, dia menang”
Aktiviti 1.3: Penyiasatan: Tumbuhan memerlukan air untuk hidup