182
d. Fasa Aplikasi idea
Fasa aplikasi idea pula melibatkan keadaan di mana pengukuhan idea saintifik yang baharu
dibina dan diaplikasikannya dalam keadaan atau situasi yang lain.
Aktiviti 1.4: Projek Individu: Menanam biji benih jagung (atau biji benih yang lain)
e. Fasa Refleksi
Fasa refleksi adalah keadaan di mana murid menyedari tentang perubahan dari idea asal
kepada idea baharu yang dibina semasa proses PdP. Selain itu, fasa ini juga membolehkan
murid membandingkan idea asal dengan idea baharu.
Alat dan bahan:
- Biji benih kangkung (4 – 6)
- Anak pokok kangkung (4 – 6)
- Keratan buluh (4 buah)
- Tanah
- Air
- Pensel berwarna (1 kotak)
- Nota 1 (Lampiran S17-2)
- Lembaran kerja 1, 2, 3, 4 & 5 (Lampiran S17-1)
Masa: 2 minggu
Perancangan pengajaran dan pembelajaran (berdasarkan Model Lima Fasa Needham)
FASA AKTIVITI CATATAN
Orientasi
(10 minit)
Guru memaklumkan kepada murid mengenai
pembelajaran topik baharu dan persediaan untuk
mengadakan sesi PdP di luar bilik darjah.
G: Selamat pagi murid-murid.
M: Selamat pagi cikgu.
G: Mulai hari ini kita akan belajar topik
baharu iaitu tumbuhan. Kamu semua akan
menanam beberapa jenis tumbuhan dan
melihat apa akan terjadi kepada tumbuhan
tersebut semasa ia membesar dalam
beberapa minggu ini.
G: Hari ini cikgu akan membawa kamu semua
belajar di luar bilik darjah ini. Kita akan
pergi ke padang rumput / pondok untuk
belajar sains.
G: Kalau kita keluar, mesti ada peraturan dan
langkah keselamatannya. Kamu semua
mesti mematuhi peraturan dan langkah
G : Guru
M : Murid
Tempat lain di luar
kelas yang dirasakan
sesuai boleh juga
dipilih.