IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
36

My Science Notebook


Alice Kaling, Tan Cho Chiew, Nadia Richard dan Lay Ah Nam

Pengenalan


Apabila anda dengar mengenai “science notebook”, apakah yang terlintas dalam fikiran anda?
Sebelum anda baca dengan lebih lanjut, sediakan pensel dan kertas. Kemudian, luangkan
sedikit masa untuk melakar atau melukis “science notebook” atau apa-apa sahaja yang ada
dalam fikiran anda mengenai rupa bentuk “science notebook”.


Buat masa ini, bagaimanakah penggunaan “science notebook” di dalam kelas anda?


Para saintis membuat catatan dalam buku nota. Proses ini merupakan salah satu elemen penting
dalam kerja saintifik:


“The scientist’s notebook is a detailed record of his or her engagement with scientific
phenomena. It is a personal representation of experiences, observations, and
thinking — an integral part of the process of doing scientific work.” (FOSS, 2020)

Buku nota Alexander Graham Bell
Sumber: http://www.loc.gov/resource/magbell.25300201
Free download pdf