IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
37

Seperti para saintis, setiap murid sains perlu mempunyai buku nota.


Buku nota sains adalah agak tidak formal. Buku nota boleh disediakan dalam pelbagai bentuk
dan mengandungi pelbagai jenis aksara dan tulisan. Murid bebas untuk menulis, melukis idea
dan pemikiran mereka tanpa sebarang format yang ditetapkan. Dalam apa jua bentuk atau
struktur pun, buku nota tersebut mengandungi keseluruhan cerita atau pengalaman inkuiri
murid dalam satu unit, beberapa unit atau selama beberapa tahun. Buku nota tersebut mungkin
mengandungi lukisan, carta alir dan juga catatan dalam bentuk teks. Ia juga mengandungi
soalan atau tujuan penyiasatan, ramalan, idea dan rancangan penyiasatan. Ia ialah tempat untuk
merekod data yang dikumpul, hasil analisis data, idea yang baru muncul dan refleksi serta
kesimpulan awal dan akhir.


Sepanjang sesi PdP, murid digalakkan untuk melihat kembali idea mereka untuk tujuan
pentaksiran kendiri terhadap perkembangan konseptual, dan mencatatkan idea atau pemikiran
yang baharu. Penulisan buku nota membantu murid menjelaskan dan menstruktur pemikiran
mereka, mengingat kembali kerja dan idea yang terdahulu, membuat refleksi tentang apa yang
telah dilakukan, serta dalam sesetengah kes, perubahan konseptual berlaku dan akhirnya
meningkatkan pemahaman. Buku nota sains juga membantu murid menyusun hasil
pemerhatian dan merekod data, serta memproses dan menyimpan data untuk tujuan rujukan
masa depan. Dengan ini, penyediaan buku nota membolehkan murid membangunkan
kemahiran penyusunan dan penyimpanan rekod secara beransur-ansur.


Buku nota sains turut memberikan ruang peribadi kepada murid di mana murid boleh meneroka
sendiri pemahaman konsep sains dengan mencatatkan idea sendiri dan "bermain-main" (mesh
around) dengan idea atau pemikiran. Selain itu, proses penulisan tentang pengalaman, dan
berkomunikasikan tentang idea sendiri memberikan peluang kepada murid untuk
membangunkan kemahiran bahasa.


Contoh buku nota sains murid

Buku nota sains bukanlah setakat laporan makmal secara formal, tetapi ia merupakan rekod
menyeluruh tentang perkembangan dan pemahaman konsep sains. Apabila membaca buku nota
sains murid, guru dapat mengenal pasti miskonsepsi murid dan mentaksir perkembangan dan
pemahaman murid. Ini membolehkan guru mengambil tindakan susulan dengan segera.


Murid sekolah rendah memerlukan bimbingan dan panduan untuk membantu mereka
menstruktur dan menyusun penulisan, manakala murid peringkat menengah rendah pula perlu

Free download pdf