SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
SepZon22/16
Rajah 1 : Kerangka Kajian
2.0 METODOLOGI
Data dikutip daripada dua bengkel di JPN X dan JPN Y. Responden daripada JPN X terdiri
daripada 27 orang SISC+, guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah yang tidak pernah
menghadiri kursus IBSE. Manakala responden daripada JPN Y terdiri daripada 16 orang guru
sekolah rendah dan guru sekolah menengah yang pernah diberi pendedahan kursus IBSE.
Maka, ini menunjukkan dua kumpulan responden ini mempunyai latar belakang yang berbeza.
Bengkel ini juga menghadapi cabaran dengan peruntukan masa, di mana ia perlu diselesaikan
dalam tempoh masa empat hari atas sebab-sebab pentadbiran yang tidak dapat dielakkan.
Maka, peruntukan masa untuk slot yang tertentu terpaksa dikurangan.
Kajian ini menggunakan borang survei yang terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A terdiri
daripada dua item meminta maklumat demografi responden. Bahagian B terdiri daripada 10
item yang menilai keberkesanan bengkel dalam talian IBSE. Item 1, item 2, item 3 dan item 4
menilai tempoh masa yang diperuntukkan untuk bengkel ini manakala item 5, item 6, item 7,
item 8, item 9 dan item 10 menilai segi persediaan. Item-item ini disediakan dalam 4 poin skala
Likert, di mana “1” mewakili “sangat tidak setuju (STS)”, “2” mewakili “tidak setuju (TS)”
“3” mewakili “setuju (S)” dan “4” mewakili “sangat setuju (SS)”. Bahagian C terdiri daripada
dua item terbuka. Item 1 meminta pandangan mereka terhadap aplikasi flipped classroom
manakala item 2 bertujuan meminta komen daripada responden berkenaan dengan ruang
penambahbaikan.
Borang survei ini telah ditadbirkan secara dalam talian melalui Google Form. Data kuantitatif
telah dianalisis berdasarkan frekuensi dan min manakala data kualitatif dianalisis berdasarkan
tema yang dijanakan daripada respon kutipan daripada responden. Demografi responden
adalah seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Demografi Responden
Responden Bilangan %
JPN X
Jawatan Responden
SiSC+
Guru Sekolah Rendah
Guru Sekolah Menengah
18
7
2
66.7
25.9
7.40