IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

SepZon22/12


B. Cadangan Penambahbaikan Kaedah Flipped Classroom
Analisis respon terbuka peserta bengkel berkaitan cadangan penambahbaikan kaedah flipped
classroom mendedahkan enam perkara yang dikenalpasti perlu ditambah baik semasa bengkel
IBSE dalam talian iaitu tempoh masa (31.3%), pengurusan (25%%), sumber (18.8%),
pelaksanaan (12.5%), skop (6.2%) dan gangguan (6.2%).


a) Memperuntukkan lebih banyak masa
Kesuntukan masa untuk menelaah bahan pembelajaran merupakan isu utama yang perlu diberi
perhatian. Peserta bengkel mendapati masa untuk mereka meneliti bahan yang telah dimuatnaik
dalam Google Classroom adalah tidak mencukupi sebelum mereka menyertai bengkel (T1,
T2). Peserta T3 pula mengharapkan lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk berinteraksi
dengan peserta lain dan melakukan aktiviti hands on.


b) Memberi makluman dan arahan awal
Pengurusan bengkel yang boleh ditingkatkan adalah dari segi persediaan awal bengkel.
Penerangan ringkas secara bertulis pada awal bengkel dan sebelum sesi sesi bermula adalah
penting untuk peserta bengkel (M1 dan M2). Keperluan bengkel seperti bahan digital dan
peralatan fizikal perlu disediakan lebih awal dan dimaklumkan kepada peserta bengkel sebelum
mereka menyertai bengkel (M3 dan M4).


c) Mempelbagaikan sumber
Sumber yang perlu ditambahbaik ialah sumber digital dan sumber fizikal yang diperlukan
semasa aktiviti bengkel. Peserta R1 dan R2 mencadangkan pelbagai alat digital lain yang boleh
digunakan selain daripada Google Classroom. Peserta R3 berharap dapat menonton video
pengajaran dan pembelajaran guru tempatan dan bukannya video guru luar negara.


Bahan yang dibaca agak banyak. Masa diperuntukan agak terhad.
T1
Masa - perlukan masa untuk melihat keseluruhan bahan dan maklumat
yang disalurkan agak tergesa-gesa.
T2

Beri ruang berbincang dan hands-on yang lebih sedikit. Masa perlu
ditambah.
T3

Makluman yang jelas secara bertulis akan memudahkan setiap aktiviti
yang bakal dilaksanakan.
M1
Berikan penerangan ringkas sebelum kursus bermula tentang
keseluruhan objektif.
M2

Sediakan fair testing templete dalam soft copy yang boleh di edit
terus. Mohon berkongsi lebih awal tugasan supaya peserta boleh
membawa bahan sendiri supaya lebih kreatif.
M3

Memberi senarai bahan dan peralatan yang diperlukan untuk
menjalankan aktiviti sebelum bengkel bermula.
M4
Free download pdf