SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
SepZon22/173
d) Bersemuka semasa bengkel
Walaupun dalam suasana berhati-hati untuk membendung jangkitan COVID19, ada juga
peserta bengkel yang mencadangkan agar bengkel dijalankan secara (bersemuka dan lebih
santai (C2).
e) Kurangkan gangguan
Peserta bengkel juga mencadangkan agar guru dibebaskan daripada tugas lain seperti PdPR
(D1).
f) Mengurangkan beban tugasan
Akhir sekali, peserta bengkel juga berharap skop tugasan dalam bengkel dapat dikurangkan
(S1).
Keseluruhannya, bengkel ini adalah berkesan dari segi tempoh bengkel dan kualiti TPU.
keberkesanan Bengkel dalam Talian IBSE adalah lebih tinggi di JPN Y (min keseluruhan =
3.25, N = 16) berbanding dengan JPN X (min keseluruhan = 3.25, N=16). Bengkel ini telah
dilaksanakan di JPN X terlebih dahulu. Selepas bengkel ini selesai, satu perjumpaan dalam
Google Meet telah diadakan di mana tenaga pengajar utama (TPU) membuat refleksi dan pos
morterm bersama. Didapati mod dalam talian yang sepenuhnya ada banyak kekangan bagi TPU
dan peserta bengkel.
Maka ini jelas menunjukkan amalan refleksi dan pos mortem merupakan satu tindakan yang
harus diamalkan secara berterusan dalam penganjuran bengkel.
Penggunaan Flipped Classroom jelas menunjukkan membantu peserta dari segi persediaan,
sesuai diaplikasikan sebagai amalan pedagogi dan membuka peluang kepada mereka untuk
berkolaboratif. Walau bagaimana pun, peruntukan masa dan arahan perlu diberikan lebih awal.
Pihak penganjur juga perlu membantu mengurangkan “gangguan” daripada tugas lain semasa
bengkel. Selain daripada itu, aplikasi platfom digital yang lain seperti Telegram adalah sesuai
Pelbagai kaedah digital seperti, Google site, Google Classroom,
Flipgrid, wakelet boleh dijadikan media untuk flipped classroom.
R1
Perkongsian video pdpc/pdpr guru Malaysia sahaja. tidak perlu
daripada luar negara kecuali untuk tujuan model relatif.
R3
Bahan2 bengkel boleh juga dikongsi terus di group telegram untuk
mengelakkan ketirisan maklumat.
R2
Harap dapat dilaksanakan secara bersemuka dan flipped classroom
dengan lebih santai.
C2
... dikecualikan mengurus pdpr kerana mengganggu konserntrasi guru
dalam menumpukan perhatian terhadap bengkel.
D1
Tugasan biarlah dalam skop yang kecil.
S1