58
Aktiviti 1a: Kitar Air (Masa: 1 jam 30 minit)
Alat dan bahan
Tanah atas (topsoil), bikar 1000 ml (atau balang kaca), 2 piring petri (atau bekas plastik kecil),
gelang getah, pembungkus plastik lutsinar (plastic wrapper), gunting, kertas mahjung, pen marker,
beberapa ketulan ais, rumput hidup (optional).
Nota: Air panas perlu disediakan sekiranya matahari tidak terik.
Prosedur
- Bincang dengan ahli kumpulan anda perihal kitaran air dan lakarkan model kitaran air pada
kertas mahjung. - Bina satu model Kitar Air menggunakan sumber yang diberikan.
i. Isikan bikar 1000 ml (atau balang kaca) dengan tanah (lebih kurang 1/10 daripada isi
padu bikar).
ii. Tanam tanaman kecil (rumput) di dalam bikar.
iii. Letakkan piring petri kecil (atau bekas plastik kecil) di atas tanah dan isikan dengan air
secukupnya untuk mengisi piring petri.
iv. Letakkan pembungkus plastik pada keseluruhan mulut bikar dan ketatkan dengan
gelang getah.
v. Letakkan bikar di tempat yang panas dibawah sinaran matahari.
vi. Sekiranya cuaca tidak mengizinkan atau matahari tidak terik dan aktiviti terpaksa
dilakukan di dalam kelas, maka isikan piring petri kecil dengan air panas. Tutup semula
mulut bikar dengan pembungkus plastik. - Perhatikan apa yang berlaku dan catat pemerhatian anda.
- Penyiasatan lanjut: Letakkan ketulan ais dalam piring petri dan letakkan di atas permukaan
pembungkus plastik. - Perhatikan permukaan bawah pembungkus plastik dan catat pemerhatian anda.
- Bincangkan dapatan aktiviti anda.
Aktiviti 1b: Kesedaran kepentingan pemuliharaan air (Masa: 30 minit)
Alat dan bahan
Bikar 1000 ml, bikar 100 ml, silinder penyukat 10 ml, tabung didih, 5 tabung uji, picagari, label
pelekat (sticker label).
Prosedur
- Label bikar 1000 ml #1 "Lautan" dan isikan air sebanyak 1000 ml.
- Label pula seperti bahan-bahan seterusnya seperti berikut:
i. Bikar100 ml #2 "glasier & liputan ais (ice-cap)",
ii. Tabung didih #3 "air bawah tanah",
iii. Tabung uji #4 "tasik air tawar",
iv. Tabung uji #5 "laut pedalaman (inland sea)",
v. Tabung uji #6 "kelembapan tanah",
vi. Tabung uji #7 "atmosfera",
vii. Tabung uji #8 "sungai".