IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
57

Membina penjelasan: Matlamat sains adalah untuk membina penjelasan tentang sebab penyebab
sesuatu fenomena yang berlaku. Schwartz dan Lederman (2008) menjelaskan bahawa para saintis
yang berpengalaman berpendapat, model-model dapat (1) menerang sesuatu pemerhatian dan
berupaya membuat ramalan melalui pemerhatian lanjutan; (2) merungkai dan memudahkan
visualisasi konsep-konsep abstrak; dan (3) menyediakan kerangka untuk penyiasatan lanjutan.
Adalah diharapkan, murid dapat pengalaman bermanfaat dari aktiviti pemodelan dan dapat
membina penjelasan sesuatu fenomena berdasarkan bukti-bukti yang diperoleh.


Ringkasan aktiviti


Dalam aktiviti ini, peserta akan membina model dan menggunakannya bagi menjelaskan dan
memahami fenomena semulajadi. Peserta akan melaksanakan dua aktiviti pemodelan iaitu kitaran
air dan saiz relatif antara planet-planet dalam sistem solar. Dalam aktiviti pertama, peserta akan
membina model untuk menggambarkan Kitaran Air. Tujuan aktiviti ini adalah supaya peserta
melibatkan diri dalam pembinaan model kitaran air dan menggunakannya sebagai bukti bagi
menerangkan proses yang berlaku semasa kitaran air. Dalam aktiviti lanjutan pula, model yang
dibina diharap dapat memberi kesedaran tentang nilai menghargai dan pemuliharaan air yang
diguna setiap hari. Air yang digunakan setiap hari sebenarnya merupakan peratusan yang sangat
kecil dari keseluruhan air yang terdapat di mukabumi ini. Dalam aktiviti kedua pula, peserta akan
membina model bagi planet-planet di sistem suria. Pada kebiasaannya, replika model sistem suria
yang digunakan sebagai alat-bantu mengajar di kelas adalah tidak mengikut saiz relatif. Jadi,
model planet-planet ini akan membantu kefahaman tentang saiz relatif sebenar antara planet-planet.
Peserta kemudiannya menambah baik model dengan melaksanakan aktiviti melibatkan jarak relatif
kedudukan planet-planet dari matahari. Maka, dari kedua-dua aktiviti ini, kefahaman tentang saiz
dan kedudukan planet-planet akan diterapkan. Dengan demikian, aktiviti ini dapat memberi
kesedaran kepada peserta bahawa model sistem suria adalah usaha saintis untuk menggambarkan
bahawa sistem suria adalah sangat besar dari segi skalanya.


Objektif


Di akhir slot ini, peserta dapat:



  1. Membina model dan menjelaskan konsep serta kegunaan model.

  2. Melakar gambar rajah (model) mewakili proses kitaran air dan menggunakan model yang
    telah dibina bagi menjelaskan proses kitaran air.

  3. Memahami proses kitaran air dan perbezaan saiz relatif antara planet-planet.

  4. Menyedari kepentingan dan pemuliharaan air.

Free download pdf