IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
61


  1. Cebisan terakhir (10%) adalah untuk baki enam planet yang tinggal.
     Geles cebisan terakhir plastisin, bahagikan dan potong kepada 10 bahagian.
     Empat bahagian untuk membentuk Uranus
     Lima bahagian untuk membentuk Neptune
     Tinggal satu cebisan: cebisan ini adalah untuk baki empat planet berbatu.

    • potong cebisan ini kepada 10 bahagian.

    • Lima bahagian untuk membentuk Bumi.

    • Empat bahagian untuk membentuk Zuhrah (Venus)

    • Bahagian kecil terakhir: Bahagikan bahagian ini kepada tiga bahagian:
       Marikh (Mars): mendapat 2 bahagian (kerana Marikh adalah lebih besar dari
      Utarid).
       Utarid (Mercury): mendapat bahagian terakhir.



  2. Sekarang anda boleh melabelkan planet-planet anda.

  3. Bincangkan perihal aktiviti ini.

  4. Dengan menggunakan model-model planet yang telah dibuat, aktiviti diteruskan dengan
    melaksanakan aktiviti jarak relatif antara matahari dan planet-planet.
    Klik pada pautan berikut : https://www.exploratorium.edu/ronh/solar_system/

  5. Peserta boleh bergerak membawa model planet masing-masing ke jarak yang ditentukan oleh
    model dalam pautan yang diberikan.

  6. Bincangkan perihal aktiviti lanjutan ini.


Panduan untuk fasilitator


Fasa Model Instruksi 5E Soalan-soalan
Engage (Penglibatan)


  1. Fasilitator menunjukkan gambar sistem
    suria yang terdapat di dalam buku teks
    atau bahan relia model sistem suria yang
    mungkin terdapat di makmal sains kepada
    peserta.


 Sekiranya bumi sebesar seperti yang
dipapar dalam gambar, betulkah secara
relatifnya saiz planet Musytari?
 Adakah saiz planet yang digambarkan
merupakan saiz relatif sebenar antara
planet?

Explore (Penerokaan)


  1. Peserta diberi bahan-bahan dan diminta
    untuk melaksanakan aktiviti membina
    planet-planet mengikut saiz relatif
    mengikut prosedur yang diberikan.

  2. Peserta boleh melaksanakan aktiviti
    dengan mengikut prosedur secara sendiri
    atau boleh juga dibantu fasilitator yang
    akan mengikut ‘flow” yang terdapat dalam
    slaid.


Ramalkan:
 Sekiranya matahari bersaiz satu bola
keranjang, apakah saiz bumi?
 Sekiranya musytari bersaiz satu epal,
apakah saiz bumi?
Free download pdf