IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
68

Aktiviti 2: Lastik


Penerokaan (Explore)
 Mari kita jalankan eksperimen menggunakan lastik.
 Apakah faktor yang mempengaruhi jarak lontaran satu objek dengan menggunakan
lastik?
 Cuba bina soalan-soalan yang bermula dengan “Saya ingin tahu....” (I wonder..) yang
berkait dengan aktiviti kita.


Penerangan (Explain)


 Berdasarkan satu soalan “Saya ingin tahu....”, rancang dan jalankan satu eksperimen
untuk menjawab soalan tersebut.
 Perancangan harus termasuk, tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:
i. Pernyataan masalah
ii. Hipotesis
iii. Pemboleh ubah dimanipulasi, pemboleh ubah bergerak balas, pemboleh ubah
dimalarkan
iv. Prosedur
v. Persembahan data
 Jalankan eksperimen seperti yang dirancang dan bentangkan kesimpulan anda. Sertakan
bukti untuk menyokong penerangan atau kesimpulan yang dibuat.
 Sediakan laporan anda dalam bentuk Microsoft Word. Sebarang lukisan boleh dibuat
pada kertas mahjong.

Pengembangan (Elaborate)


 Bincangkan strategi atau bahan bantu mengajar yang boleh anda gunakan untuk
membimbing murid secara eksplisit untuk merancang dan menjalankan
penyiasatan/eksperimen.
 Fasilitator dan peserta membincangkan:
i. Kerangka inkuiri sains oleh La Main à la pâte (Lampiran S6-1)
ii. Strategi P-E-O-E (Predict, Explain, Observe, Explain)
iii. Contoh bahan bantu mengajar: A framework for carrying out a science
investigation (Lampiran S6-2)

Penilaian dan refleksi


Pra aktiviti



  1. Apakah yang anda faham tentang menjalankan eksperimen?

  2. Berapa kerap murid-murid diberi peluang untuk menjalankan eksperimen di dalam
    kelas?

  3. Semasa menjalankan eksperimen, bagaimanakah anda membimbing murid secara
    eksplisit untuk merancang dan menjalankan eksperimen?


Pasca aktiviti



  1. Bagaimanakah data yang dikumpul boleh dijadikan lebih bermakna?
    Cadangan jawapan: Once collected, data must be presented in a form that can reveal
    any patterns and relationships and that allows results to be communicated to others.
    (NRC, 2012, p.61-62)

Free download pdf