IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
31


  1. Fasilitator: Berdasarkan data-data yang diperoleh dari pemerhatian anda, berikan satu
    penjelasan mengenai apa yang telah berlaku. Anda dikehendaki menghujah berdasarkan
    bukti dalam kumpulan anda.


Perbincangan:


  • Penghujahan (argumentation) adalah satu proses untuk mencapai persetujuan mengenai
    penjelasan. Dalam sains, penaakulan dan penghujahan berdasarkan bukti sangat penting
    dalam mengenal pasti penjelasan terbaik untuk suatu fenomena semula jadi.


Secara kumpulan, peserta mencatatkan penerangan yang dipersetujui oleh semua ahli
kumpulan dalam Lampiran S2-7 (Tricky Tracks Conclusion Questions).

Setiap kumpulan membentangkan penerangan.
Fasilitator: Adakah semua kumpulan mempunyai penerangan/ inferens yang sama?


  1. Fasilitator dan peserta membincangkan soalan 1-5 dalam Lampiran S2-7 (Tricky Tracks
    Conclusion Questions).

  2. Mari kita membuat refleksi tentang apa yang telah anda lakukan, dan menghubungkaitkan
    aktiviti sains berasaskan inkuiri dan kerja saintis.

    • Penyiasatan saintifik menggunakan pelbagai kaedah.

    • Pengetahuan saintifik adalah berdasarkan pemerhatian dan inferens yang dibuat oleh
      manusia.

    • Sains beranggapan bahawa objek dan peristiwa dalam sistem semula jadi berlaku dalam
      corak yang konsisten dan dapat difahami melalui pengukuran dan pemerhatian.

    • Pengetahuan saintifik adalah berdasarkan bukti empirikal.

    • Pengetahuan saintifik terbuka kepada semakan semula berdasarkan bukti baharu.




Pengembangan (Elaborate)


  1. Apakah idea asas lain mengenai nature of science?


Fasilitator membentangkan nature of science selepas mendengar jawapan peserta.


  1. Saintis membangunkan pengetahuan saintifik. Sebilangan pengetahuan ini terdapat dalam
    buku teks.
    Adakah pengetahuan ini akan berubah pada masa akan datang? Terangkan jawapan anda dan
    berikan contoh.


Perbincangan: Sains adalah tentatif – Pengetahuan sains boleh disemak semula berdasarkan
bukti baharu.


  1. (a) Bagaimanakah para saintis mengetahui bahawa dinosaur pernah wujud?
    (b) Pada pendapat anda, adakah para saintis pasti rupa dinosaur? Mengapa?
    How certain are scientists about the way dinosaurs looked? Why?

Free download pdf