IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
PUSAT STEM NEGARA, BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KPM

AKTIVITI

AKTIVITI 1

AIR DAN MINYAK

Panduan aktiviti



  1. Air lebih tumpat daripada ais dan minyak lebih tumpat daripada ais.

  2. Apakah akan berlaku kepada ais dan titisan air yang lebur daripada ais apabila ais
    diletak di atas air?

  3. Isi satu tabung didih sebanyak 80% dengan minyak masak.

  4. Letakkan seketul ais di atas minyak.

  5. Perhatikan apa yang berlaku apabila ais melebur. Catatkan pemerhatian anda di
    dalam buku nota sains.

  6. Ketumpatan ais dan ketumpatan air berbeza. Yang mana satu lebih tumpat?
    Mengapa?

  7. Satu gram air memenuhi isipadu satu mililiter, oleh itu ketumpatan air = 1 g/ml.

  8. Apakah jisim 10 ml air? Gunakan penimbang untuk menentusah jawaban anda
    betul.

  9. Apakah ramalan anda tentang ketumpatan 10 ml minyak masak dibanding dengan
    10 ml air?

  10. Catatkan ramalan anda di dalam buku nota sains dan gunakan penimbang untuk
    menentusahkan ramalan anda.

  11. Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains mengapa jisim 10 ml minyak
    masak adalah sedemikian.


Rujukan:
TOPS Learning System. (n.d.). Slow drips. Dimuat turun dari
https://cdn.shopify.com/s/files/1/1847/6591/files/FreeDownload09.pdf?136284169188857
1600

Free download pdf