IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
PUSAT STEM NEGARA, BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN, KPM

AKTIVITI

AKTIVITI 2

KISMIS YANG MENARI

Panduan aktiviti



  1. Tuang sebanyak lebih kurang 150 ml air soda ke dalam satu cawan plastik lutsinar
    yang berisi empat atau lima biji raisin.

  2. Perhatikan apa yang berlaku di dalam cawan dan catatkan pemerhatian anda di
    dalam buku nota sains.

  3. Mengapakah butiran kismis kelihatan naik dan turun di dalam air soda?

  4. Ambil dua cawan plastik lutsinar dan sekotak kismis.

  5. Isi satu cawan dengan 150 ml air dan masukkan empat atau lima biji kismis.

  6. Lukiskan gambarajah susunan radas ini di dalam buku nota sains dan catatkan
    pemerhatian secara teliti.

  7. Ulang prosedur di atas dengan menggunakan air soda dan kismis di dalam cawan
    yang lain.

  8. Lukiskan gambarajah susunan radas di dalam buku nota sains dan catatkan
    pemerhatian secara teliti.

  9. Kongsikan catatan pemerhatian anda dan sebarang penjelasan anda dengan rakan.

  10. Apakah yang berlaku kepada kismis yang membolehkannya timbul ke permukaan?

  11. Tuliskan penjelasan anda di dalam buku nota sains.


Rujukan:
Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2),
26-29.

Free download pdf