IBSE Final

(Sun May09cfyK) #1
4

memberikan pandangannya mereka (misalnya, "Apakah yang anda perhatikan tentang
gelembung?"). Sebaliknya soalan yang tertutup (misalnya, "Adakah anda melihat warna di
gelembung?") ialah bentuk soalan yang kurang berkesan. Soalan berpusatkan pelajar ialah soalan
yang meminta pendapat atau pandangan secara langsung dari pelajar (misalnya, "Pada pendapat
anda, mengapakah tanaman kacang tumbuh lebih cepat di dalam almari?"), manakala soalan yang
tidak memfokuskan pelajar (misalnya, "Mengapakah kacang tumbuh lebih cepat di almari baju?")
kurang berkesan dalam memperoleh maklumat tentang cara berfikir pelajar.


Hasil penyiasatan pelajar, sama ada dalam bentuk lukisan, model atau penulisan, boleh digunakan
untuk menilai penguasaan ilmu pengetahuan pelajar. Hasil kerja ini menjadi lebih berguna
sekiranya keperluan menjelaskan hasil penyiasatan dinyatakan dengan jelas dalam tugasan yang
diberikan. Contoh berikut adalah pesanan seorang guru kepada pelajarnya agar pelajarnya menjadi
lebih kritis dalam penyiasatan bunyi duit syiling apabila duit syiling tersebut dilepaskan dari
ketinggian tertentu:


"Sekiranya saya mengulangi aktiviti ini, saya akan fikirkan cara untuk menguji bunyi itu dan bukan
sekadar meneka bunyi yang akan dihasilkan. Saya akan cuba jatuhkan duit syiling itu pada
pelbagai jenis permukaan, saya juga akan cuba jatuhkan duit syiling yang berbeza dari ketinggian
yang berbeza. Berkenaan dengan bunyi, saya ada dua idea, idea pertama ialah saya akan tentukan
jarak dari duit syiling di mana bunyi duit syiling jatuh dapat didengari, idea kedua ialah saya akan
merakam bunyi dengan perakam yang boleh mengesan kekuatan bunyi".


Kepentingan hasil kerja aktiviti kelas untuk penilaian formatif bergantung pada faktor-faktor
seperti: bagaimana guru mengajukan soalan kepada pelajar sebelum aktiviti, dan sejauh mana guru
berusaha memahami hasil kerja murid dan mencari evidens yang menunjukkan berlakunya
perkembangan dalam pembelajaran.


Penilaian akan menjadi lebih bermakna sekiranya guru dan pelajar dapat melaksanakan penilaian
bersama-sama, kerana perbincangan antara guru dan pelajar tentang tugasannya amat membantu
pelajar lebih memahami tujuan tugasannya dan mendorong dia memperbaiki tugasannya.


Tugasan Khas


Kadang kala pengumpulan maklumat secara tidak formal, tidak mencukupi untuk menilai semua
kemahiran. Dalam kes itu, seorang guru boleh memperkenalkan tugas-tugas khas yang
memfokuskan pada aspek pembelajaran tertentu yang mungkin tidak diperhatikan dalam tugasan
biasa.


Tugasan khas dirancang untuk memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan kemahiran
inkuiri. Tugasan khas boleh dilakukan secara hands on atau secara bertulis. Contohnya, aktiviti
yang mencabar pelajar untuk mengetahui "x mana yang terbaik untuk y" misalnya kesesuaian jenis
sabun untuk meniup gelembung, jenis kertas tisu untuk menyerap air, jenis hablur garam yang
larut dengan cepat, jenis kain yang terbaik untuk memendamkan bunyi, dan sebagainya. Dalam
semua kes ini, pelajar harus mengenal pasti soalan yang boleh disiasat (investigable questions),
menetapkan pemboleh ubah manipulatif, pemboleh ubah bergerak balas dan kuantiti yang harus
diukur. Pelajar juga harus merancang satu aktiviti penyiasatan dan cara mentafsir dapatan aktiviti.

Free download pdf