JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
MINGGU KE - 3 9 - 13 SEPTEMBER 2024
Minggu ini, saya berhadapan dengan satu cabaran dalam menguruskan aktiviti
berkumpulan ketika sesi PdP berjalan. Aktiviti yang dirancang berjaya menarik minat
murid, terutama apabila mereka terlibat dalam tugas berkumpulan. Saya melihat murid
begitu teruja untuk bekerjasama dan menyelesaikan soalan matematik bersama-sama.
Namun, ketika aktiviti berlangsung, saya mendapati ada murid yang tidak mengambil
bahagian aktif dalam kumpulan mereka. Hanya beberapa orang dalam kumpulan yang
nampaknya sibuk berbincang dan membuat pengiraan, sementara yang lain lebih
cenderung untuk duduk diam atau hanya mendengar. Masalah ini jelas menunjukkan
bahawa pembahagian peranan dalam kumpulan kurang berkesan. Saya tertanya-
tanya, adakah pendekatan saya salah, atau mungkin ada cara yang lebih baik untuk
memastikan semua murid terlibat secara aktif?
Setelah membuat pemerhatian dan
merenung semula sesi tersebut, saya
sedar bahawa walaupun aktiviti
berkumpulan kelihatan berjaya pada
keseluruhannya, hakikatnya ada murid
yang terlepas peluang untuk belajar
dengan berkesan. Menurut Johnson dan
Johnson (2013), pembelajaran kolaboratif
hanya berkesan jika terdapat
pembahagian tugas yang seimbang dan
setiap murid mempunyai tanggungjawab
tertentu. Inilah yang saya kurang titik
beratkan dalam aktiviti saya. Saya tidak
memastikan setiap ahli kumpulan
diberikan tugas spesifik, menyebabkan
ketidakseimbangan atau ketidakadilan
dalam penglibatan.
Ketidakseimbangan dalam berkumpulan
25
Nurul Maisara
Binti Zainal Abidin