Untuk mengatasi masalah ini, saya
bercadang untuk memperkenalkan satu sistem
peranan dalam setiap kumpulan, di mana
setiap murid diberi peranan seperti penulis,
pembentang, dan pengira. Dengan cara ini,
setiap murid akan mempunyai tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan, dan tidak ada yang
boleh sekadar duduk diam. Saya juga
merancang untuk menggunakan sistem
ganjaran bagi kumpulan yang berjaya
melibatkan semua ahli dalam perbincangan
mereka. Melalui cara ini, saya harap ia dapat
mendorong murid untuk lebih bekerjasama dan
memberikan komitmen dalam aktiviti.
Selain itu, saya juga bercadang untuk memberikan masa yang lebih fleksibel untuk aktiviti
berkumpulan. Minggu ini, saya perasan ada beberapa kumpulan yang tidak sempat
menyelesaikan tugasan mereka kerana waktu yang terlalu singkat. Oleh itu, memberi masa
yang cukup akan memastikan setiap kumpulan dapat menyelesaikan tugasan tanpa rasa
tergesa-gesa, manakala kumpulan yang cepat selesai boleh diberikan tugasan tambahan
untuk mengekalkan fokus mereka dan tidak menganggu kumpulan yang lain. Saya juga,
akan memastikan bimbingan lebih kerap diberikan kepada kumpulan yang lebih perlahan
atau murid yang memerlukan bantuan tambahan. Pada minggu-minggu akan datang, saya
akan memantau keberkesanan strategi yang baru ini, sama ada ia memberikan impak yang
positif ataupun tidak kepada isu ini.
Bagi kelas Pendidikan Moral, kekangan bilangan
murid yang sangat sedikit, iaitu hanya 2 orang,
menjadikan aktiviti berkumpulan tidak sesuai dan
hanya aktiviti berpasangan yang dapat dijalankan.
Namun, cabaran utama adalah memastikan kedua-
dua murid benar-benar terlibat dan tidak ada yang
pasif. Menurut Vygotsky (1978), bahawa
pembelajaran melalui interaksi sosial penting, tetapi
bilangan murid yang kecil memerlukan pendekatan
yang lebih kreatif. Oleh itu, saya merancang aktiviti
berpasangan yang lebih interaktif dengan peranan
yang jelas seperti 'role play' atau simulasi boleh
dijalankan. Selain itu, aktiviti yang melibatkan
pergerakan dan kerjasama juga boleh dilaksanakan,
sambil memantau penglibatan mereka. Dengan
pendekatan ini, saya berharap dapat meningkatkan
penglibatan mereka dan memastikan pembelajaran
berlaku secara efektif walaupun dengan jumlah
murid yang terhad.
Bagaimana mahu mengatasinya?
Murid Pendidikan Moral yang terhad

26
Nurul Maisara
Binti Zainal Abidin