[lxxxv] A Charm against Rats [p. 192.
Tangkal Tikus
Inilah asal tikus: deripada Nabi Adam ia-ini haris-nya^101 (?) didalam baktal^102 (?)
Nabi Allah Yusoh kaluar deridalam lobang hidong babi masa baktal-nya. Dan
jikalau di-jadikan tangkal padi, handak-lah kita masokkan sadikit bulu babi, dan
sekam padi sadikit dan tahi besi sadikit, di-champor tiga-tiga itu, di-tanam ampat
penjuru ladang kita. Dan fasal yang ka-dua, perasapan-nya petang-petang, tiga
petang atau tujoh petang: pertama-tama minyak tir sadikit, dan ka-dua kapor
tohor sadikit, dan ka-tiga balerang yang kuning, bakar petang hari didalam
ladang kita. Maka inilah doʿa-nya, bri salam kapada Nabi Yusoh:—
’Al-salam ʿaleikum Noh, ʿaleyhi Noh’ (tiga kali)
’Noh salam’ (tiga kali)
petang petang. Kemdian bacha fatihah akan Nabi satu kali.
’Kul huallah akhir-nya’ (tiga kali)
’Kul aʿuzu bi rabil halaki’ (tiga kali)
’Kul aʿuzu bi rabi nuasi’ (tiga kali)
Niatkan kapada ladang itu jangan binasa tikus. Pantang-nya jangan makan
petang atau berjalan-jalan dalam ladang atau berklahi atau bermaki disitu.
VEGETATION CHARMS