KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
Chu Chen (2009), murid berjaya menulis dengan kemas dan teratur menggunakan
kaedah ansur maju justeru melibatkan diri secara aktif semasa kaedah ansur maju
dijalankan.
OBJEKTIF KAJIAN


  1. Meningkatkan kekemasan tulisan murid tahun 3 dengan menggunakan Kit
    SKH secara ansur maju.

  2. Menghuraikan cara murid menguasai kemahiran kekemasan tulisan
    menggunakan Kit SKH secara ansur maju.
    SOALAN KAJIAN

  3. Apakah penggunaan Kit "SKH" secara ansur maju dapat meningkatkan
    kekemasan tulisan dalam kalangan murid Tahun Tiga?

  4. Bagaimanakah murid mengusai kemahiran kekemasan tulisan menggunakan
    Kit SKH secara ansur maju?
    PESERTA KAJIAN


Kajian ini hanya melibatkan seorang peserta kajian sahaja iaitu Farid (bukan nama
sebenar) dari SK St John. (M) Tuaran. Dia merupakan seorang murid lelaki Tahun 3.
Farid adalah seorang murid cerdas dan aktif tetapi mempunyai masalah dalam
kekemasan tulisan seperti kecondongan tulisan, jarak antara huruf, jarak antara
perkataan dan huruf menyerupai huruf lain.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tindakan 1 : Genggaman Tripod Dinamik dan Cara Duduk yang Betul


Pada intervensi yang pertama, pengkaji menjelaskan dan menerapkan cara duduk
dengan betul semasa menulis dan cara memegang pensel dengan betul semasa
menulis seperti dalam rajah 1. Pengkaji telah memperkenalkan murid memegang
pensel menggunakan genggaman tripod dinamik. Menurut Shneck dan Henderson
(1990), ahli terapi dan guru biasanya mencadangkan agar kanak-kanak terutamanya
mereka yang menghadapi masalah dalam tulisan tangan menggunakan genggaman
tripod dinamik.

Free download pdf