KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Jadual 1.


Penggunaan Teknik Petak BiKu


Bil. Tarikh Aktiviti Intervensi


  1. 30 Julai 2021 Latihan menulis huruf besar dan kecil

  2. 31 Julai 2021 Latihan mengenal pasti kesalahan penggunaan
    huruf besar dan huruf kecil dalam ayat tunggal.

  3. 1 Ogos 2021 Latihan mengenal pasti kesalahan penggunaan
    huruf besar dan huruf kecil dalam ayat tunggal.

  4. 2 Ogos 2021 Latihan mengenal pasti kesalahan penggunaan
    huruf besar dan huruf kecil dalam ayat tunggal.

  5. 3 Ogos 2021 Latihan menulis ayat tunggal dengan
    menggunakan Petak BiKu.

  6. 4 Ogos 2021 Latihan menulis ayat tunggal dengan
    menggunakan Petak BiKu

  7. 5 Ogos 2021 Latihan menulis ayat tunggal dengan
    menggunakan Petak BiKu

  8. 6 Ogos 2021 Latihan menulis ayat tunggal dengan
    menggunakan Petak BiKu

  9. 7 Ogos 2021 Latihan menulis ayat tunggal tanpa Petak BiKu.

  10. 8 Ogos 2021 Latihan menulis ayat tunggal tanpa Petak BiKu.


Etika Penyelidikan


Sebelum saya menjalankan kajian, saya telah meminta kebenaran daripada pihak
sekolah dan daripada peserta kajian saya sendiri untuk terlibat dalam kajian ini. Saya
telah mengedarkan surat mendapatkan kebenaran penyertaan dalam penyelidikan
dan mereka bersetuju menyertai kajian ini.


Cara Mengumpul Data


Saya telah menggunakan teknik ujian (ujian pra dan ujian pasca), borang senarai
semak pemerhatian, dan analisis dokumen. Kemudian, saya mengambil data daripada
ujian kemajuan semasa intervensi Petak BiKu dijalankan untuk membantu mereka
menambah baik tulisan mereka. Akhir sekali, saya membuat semakan terhadap
latihan pengukuhan Malik semasa P&P untuk memastikan dia dapat menguasai
kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil pada ayat tunggal dengan betul.


Cara Menganalisis Data


Setiap data yang dikumpul telah saya analisis. Saya menganalisis borang senarai
semak pemerhatian menggunakan kekerapan skala item. Kemudian, saya juga
menganalisis data perbandingan ujian pra dan ujian pasca. Selain itu, saya juga

Free download pdf