KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1
REFLEKSI

Refleksi dan Penilaian Tindakan


Sesuatu penyelidikan sememangnya mempunyai kekuatan dan kelemahan. Jadual 3
memaparkan ringkasan kekuatan dan kelemahan penyelidikan tindakan ini.


Jadual 5.


Kekuatan dan kelemahan penyelidikan tindakan saya


Kekuatan Kelemahan
x Teknik berkesan terhadap
peserta kajian.
x Dapat bina hubungan baik
dengan sekolah.
x Merapatkan hubungan
dengan peserta kajian.
x Mudah dijalankan kerana
kebanyakan masa yang
digunakan adalah semasa
berada dalam kelas.

x Terlalu banyak masa diperuntukkan
kepada Malik semasa berada dalam
kelas sehingga murid-murid lain
berasa hairan dengan perkara ini.
x Kurangnya pengalaman dalam
menyediakan penyelidikan tindakan
menyebabkan kesukaran bagi saya
menghasilkan kertas cadangan
sehingga ke peringkat pelaporan
penyelidikan tindakan ini.
Cadangan Penambahbaikan
x Melakukan perubahan pada gaya pelaksanaan penyelidikan di dalam kelas
dengan lebih mengamalkan penyelidikan tindakan secara senyap.
x Membuat rujukan dengan pensyarah dan membuat banyak bacaan dalam
buku-buku ilmiah mengenai kemahiran menulis dan pembelajaran bestari.

Sesuatu kajian itu tidak dapat lari daripada mempunyai kelemahan-kelemahan
tertentu, lebih-lebih lagi kajian ini adalah penyelidikan tindakan pertama saya. Perkara
utama yang saya telah pelajari adalah betapa saya harus melaksanakan penyelidikan
tindakan ini dengan lebih bersahaja agar tidak wujud perbezaan yang ditunjukkan
antara murid yang dikaji dengan murid-murid yang lain dalam kelas yang sama.


Walau bagaimanapun, penyelidikan tindakan ini telah memberi kesan yang positif
kepada Malik. Dia telah menunjukkan peningkatan yang ketara pada latihan
pengukuhan yang diberikan walupun pada peringkat pertama dalam intervensi
pertama dia masih lagi kurang faham tentang fungsi Petak BiKu yang telah dihasilkan.
Namun, tindakan yang dirancang telah menunjukkan kesan yang positif. Perkara ini
amat menggembirakan saya kerana tindakan yang dirancang telah menunjukkan
kesan yang positif. Saya amat bersyukur kerana penggunaan Petak BiKu yang
menekankan elemen penggunaan warna ini membantu Malik dalam menggunakan
huruf besar dan huruf kecil yang betul pada penulisan Bahasa Melayu.


Sebagai seorang penyelidik, saya sendiri telah sedar betapa pentingnya saya
meningkatkan kualiti perancangan tindakan semasa saya menjalakan penyelidikan
seumpama ini supaya pada masa yang akan datang, saya dapat melaksanakan
penyelidikan seumpama ini dengan lebih baik.

Free download pdf