KOLEKSI ARTIKEL PENYELIDIKAN BM 2022

(faizkhaldun) #1

Refleksi Pembelajaran Kendiri


Penyelidikan tindakan merupakan satu medium yang boleh kita manfaatkan untuk
meningkatkan amalan profesional kita. Ini jelas dalam meningkatkan amalan
profesional saya dari segi kemahiran berbahasa iaitu kemahiran menulis Bahasa
Melayu. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, adalah menjadi tanggungjawab saya
untuk membantu meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid saya.
Oleh itu, saya telah menggunakan Petak BiKu yang menekankan elemen penggunaan
warna yang terang seperti warna biru dan kuning sebagai satu cara untuk saya
meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dan huruf kecil yang betul pada ayat
tunggal di samping membantu peserta kajian saya. Hasilnya, peserta kajian saya telah
menunjukkan kesan yang positif hasil daripada tindakan yang telah dilakukan.


Kesimpulannya, kajian ini telah meningkatkan lagi amalan profesional saya untuk
menjadi seorang guru yang sentiasa membuat penemuan kendiri terhadap
pengaplikasian teknik-teknik pengajaran yang sedia ada. Lantaran itu, penyelidikan ini
bukan sekadar membantu murid saya dalam meningkatkan kemahiran menulis, malah
turut meningkatkan amalan profesional saya sebagai seorang guru.


CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Cadangan tindakan susulan dilaksanakan di dalam kajian bagi memberikan cadangan
yang boleh dilakukan untuk kajian yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.
Tindakan susulan perlu dilaksanakan agar proses pengukuhan pengetahuan murid
sentiasa dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. Tambahan, tindakan susulan ini
juga akan dapat membantu para guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih efektif.


Kajian lanjutan dicadangkan untuk mengubah suai alat intervensi Teknik Petak BiKu
supaya lebih udah difahami oleh peserta kajian. Contohnya, pengkaji perlu meletakkan
garisan pada petak kuning yang mewakili huruf kecil supaya murid dapat memastikan
perbezaan huruf besar dan huruf keci selari pada garisan tersebut.


Selain itu, kajian seterusnya perlu memfokuskan kepada beberapa kesalahan huruf
besar dan huruf kecil yang sering dilakuNDQ ROHK PXULG VHSHUWL KXUXI ³.N ́ GDQ
³3S ́NHUDQDKXUXI-huruf tersebut sering kali menimbulkan masalah kepada peserta
kajian dalam menentukan cara menulis huruf besar dan huruf kecil apabila dalam
sesebuah ayat terutamanya bagi murid yang lemah dalam kemahiran menulis huruf-
huruf tersebut dengan menggunakan intervensi yang berkesan.


Akhir sekali, cadangan seterusnya ialah pengkaji mengharapkan supaya penggunaan
Petak BiKu digunakan secara menyeluruh kepada semua Tahap1 dan Tahap 2 kerana
teknik ini amat sesuai digunakan mengikut tahap kefahaman murid bagi meningkatkan
kemahiran menggunakan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan Bahasa Melayu.

Free download pdf